VALENTINO Rossi menafikan semua laporan yang mendakwa beliau sudah rasmi menandatangani kontrak sebagai pelumba Petronas Yamaha untuk saingan Kejuaraan MotoGP 2021, tetapi pada masa sama mengesahkan rundingan itu kini 99 peratus terlaksana.
BACA >>> Razlan Nafi Rossi ke Petronas, Masih Runding Sebab Dia Bukan Biasa-Biasa
Pelumba Itali itu, yang tahun ini menginjak usia 41 tahun, berkata;
Berita pasal aku sign kontrak tu tak betui. Palsu belaka, tapi kami memang dah dekat nak jadi. Aku memang nak sambung musim depan. Aku dah cakap dengan Yamaha, terutama sekali Razlan, Zeelenberg dan Stiggy daripada Petronas, dan aku ada feeling yang baguih.
"Kami ada beberapa perincian kena settle, terutama pasukan, orang yang akan kerja untuk aku. Tapi 99 peratus aku akan race dengan Petronas pada 2021. Walaupun aku tak sign lagi."
Rossi berkata demikian pada sesi ujian rasmi di Jerez, yang juga kali pertama beliau bersama jentera MotoGP sejak kali terakhir menunggangnya pada Februari lalu di Qatar. Ini juga cuti paling panjang pernah beliau lalui sejak menyertai kejuaraan dunia pada 1996.
Menarik juga sebab tak pernah berlaku dalam hidup aku nak berhenti lama macam ni yang aku tak ride motor, dan takdak race langsung.
"Mula-mula rasa boring sikit, tapi lepas tinggal kat rumah dengan kawan, famili dan marka, makin hari makin baik! Aku rasa baguih dok ada!"
Malah, rehat panjang akibat krisis Covid-19 turut memberi masa buat juara dunia sembilan kali itu untuk memikirkan masa depannya dalam kancah perlumbaan profesional.
Ini la masa penting untuk aku pikiaq masa depan sebab aku tau kalau aku nak sambung, aku kena buat usaha besaq untuk bersedia tahun depan. Akhirnya aku putuskan aku nak pi sana.
"Jadi, kalau pun aku tak ride, ini juga masa yang baguih untuk pikiaq dan faham banyak pasal masa depan hidup aku. Aku tau payah, tapi aku nak cuba juga tahun depan bak hang."
Ini bermakna Rossi akan berlumba bersama protegenya, Franco Morbidelli musim dengan selepas rookie Fabio Quartararo direkrut naik ke pasukan pengilang Yamaha sebagai sekutu Maverick Vinales.
Vinales dan Quartararo menjadi pelumba pertama dan kedua pada akhir ujian semalam, manakala Rossi ketiga (+0281s), dan ke-16 (+1.5s) untuk dua sesi ujian.
BACA >>> Pernat: Rossi Takkan Umum Apa-Apa di Jerez, Kena Tunggu Berlumba Dulu
BACA >>> Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat
Leave a Reply