TOYOTA GR Supra dilancarkan di Malaysia pada September 2019, manakala GR Supra versi lebih berkuasa dilancarkan di Amerika Syarikat pada Februari tahun ini dengan enjin 4-silinder 2.0L, dipertingkat 14 peratus kepada 382hp.
Terbaharu, UMW Toyota Motor pun turut memperkenalkan GR Supra (2020) versi dipertingkat (facelift) yang dinaik taraf lebih berkuasa selepas kali terakhir menyiarkan video acah di laman facebook wakil pengeluar itu pada Julai lalu.
BACA >>> UMW Toyota Keluar Teaser Supra GR, Bakal Lancar Versi Facelift Lebih Berkuasa?
Apa yang menarik dan berbeza dengan GR Supra (2020) facelift ini?
1. Penambahbaikan GR Supra menumpukan kepada aspek kuasa enjin 6-silinder 3.0L pengecas turbo yang kini berkuasa 386hp @ 5,800-6,500rpm, iaitu pertambahan kuasa sebanyak 14 peratus. Namun, tork kekal pada 500Nm @ 1,800rpm-5,000rpm berbanding 1,600-4,500rpm sebelum ini.
2. Angka kuasa itu diperoleh menerusi penambahan manifold ekzos dua cabang utama dengan enam port (berbanding hanya dua), rekabentuk piston baharu dan nisbah mampatan enjin lebih rendah daripada 11:1 kepada 10.2:1. Enjin yang dipertingkat dengan julat tork lebih tinggi ini mengekalkan keupayaan rev tinggi dengan kelancaran optimum.
3. Dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF sebagai standard, pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.1 saat, berbanding 4.3 saat.
4. Toyota turut mengemas kini casis untuk meningkatkan kestabilan dan mengurangkan olengan badan selain penambahan rod prestasi untuk meningkatkan ketahanan.
5. Selain kaliper brek merah dengan logo Supra di depan, spesifikasi teknikal dan ciri lain kekal sama. Antara ciri standard GR Supra ialah suspensi variabel adaptif dan diferensial gelincir terhad (LSD) kawalan elektronik.
6. Ciri keselamatan lain terdiri daripada sistem aktif yang bekerjasama untuk membantu pemandu apabila diperlukan. Ada juga ciri seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), sensor parkir pintar dengan fungsi brek kecemasan serta pemantau titik buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
BACA >>> #PanduUji: Puas Hati Balun Toyota GR Supra, Kereta Power yang Jimat Minyak!?
7. Ruang kabin menggabungkan kemewahan dan fungsi, serta pemanduan yang fokus pemandu. Sebagai contoh, paparan dongak (HUD) membolehkan pemandu menumpukan pandangan pada jalan dan pada masa
sama menegtahui maklukat penting pemanduan. Sistem hiburan menggunakan sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara untuk kualiti bunyi terbaik.
8. GR Supra (2020) tidak lagi ditawarkan dengan warna badan Deep Blue Metallic, tetapi pelanggan masih boleh memilih tujuh warna lain seperti Prominence Red (merah), Lightning Yellow (kuning), White Metallic (putih), Silver Metallic (perak), Ice Grey Metallic (kelabu), Black Metallic (hitam), Matte Storm Grey Metallic (kelabuk usam)
9. GR Supra (2020) dijual pada harga RM589,987, dengan pengecualian cukai jualan, tidak termasuk insurans.
BACA >>> Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama
BACA >>> 15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun
Leave a Reply