• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Mitsubishi Xpander Dikesan di Malaysia, Siap Sedia Lancar Tahun Ini?

#Spyshot: Mitsubishi Xpander Dikesan di Malaysia, Siap Sedia Lancar Tahun Ini?

July 15, 2020 By Han Othman Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT Mitsubishi Xpander dikesan di Malaysia menerusi perkongsian dua foto intip didedahkan seorang pemilik Facebook, Jamaan Abd Rahman sebentar tadi.

Adakah ini menunjukkan Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) siap sedia mahu melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu untuk pasaran Malaysia?

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

foto-spyshot-mitsubishi-xpander-malaysia-1
foto-spyshot-mitsubishi-xpander-malaysia-2

Desas-dedus tentang MMM bakal membawa masuk Xpander ke negara ini sudah kecoh diperkatakan sejak 2018 lagi sebaik dilancarkan di Indonesia pada penghujung 2017. Namun segalanya kekal sebagai khabar angin saja hingga dua tahun berlalu begitu saja.

Namun, foto intip terbaharu ini mungkin memberikan khabar gembira buat peminat Mitsubishi dan pembeli di Malaysia yang berminat dengan gaya baharu di luar konvensional ditawarkan Xpander.

Dan kami juga menerima berita baik di mana Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sudah mengesahkan akan melancarkan Mitsubishi Xpander tahun ini. Ya bro, 2020!!! Bagaimanapun, tarikh pelancaran dan tanda harga tidak didedahkan.

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran

2019 Mitsubishi Xpander Malaysia
2019 Mitsubishi Xpander Malaysia

Di Indonesia Xpander dikuasakan enjin 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm, tork 141Nm @ 4,000rpm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

MPV 7-kerusi ini menawarkan penyaman udara di baris tempat duduk kedua yang juga ada perehat lengah di tengah. Kerusi pula boleh dilipat 60:40 untuk barisan kedua dam 50:50 untuk barisan ketiga. Sistem suspensi menggunakan jenis strut MacPherson di depan, dan torsion beam di belakang.

Selain dibina berasaskan casis monokok, MPV ini menawar ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci, Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS). Harga pula bermula antara Rp201 juta (RM58,000) untuk varian manual hingga  Rp255 juta rupiah (RM73,000) untuk premium.

Siapa yang dah tak sabar nak beli Xpander?

BACA >>> Suzuki Ertiga (2018) Serba Baharu Lebih Murah daripada Mitsubishi Expander

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Foto Intip, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Xpander, MPV, Roda4, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev