• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Myvi (2020) Perkenal Warna Baharu, ASA 2.0 Kini untuk 1.3 X, 1.5 H

Perodua Myvi (2020) Perkenal Warna Baharu, ASA 2.0 Kini untuk 1.3 X, 1.5 H

July 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA Myvi (2020) versi kemas kini diperkenalkan dengan menambah baik ciri keselamatan berserta pilihan warna baharu. Model hatchback popular itu kini boleh ditempah di bilik pameran Perodua seluruh negara pada harga RM41,292 untuk varian manual hingga RM52,697 paling premium.

Jika sebelum ini sistem Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 2.0 hanya ada pada varian 1.5 AV, tetapi kini turut ditawarkan pada varian 1.5 H dan sebagai opsyen tambahan untuk 1.3 X.

BACA >>> Daihatsu Boon Style Edition - Hatchback JDM yang Comel Menawan

Sistem ASA 2.0 terdiri daripada ciri keselamatan seperti berikut:

  • Pengesan Pejalan Kaki, hingga 50kmj
  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW), hingga 100kmj
  • Brek Pra-Pelanggaran (PCB), hingga 80kmj
  • Amaran Pergerakan Depan (FDA)
  • Kawalan Silap Pedal (PMC)

Selain itu, semua varian Myvi (2020) kini boleh didapati dalam warna badan Electric Blue (biru), manakala warna Ivory White, Glittering Silver (perak), Lava Red (merah) dan Granite Grey (kelabu) juga kekal ditawarkan untuk semua varian, kecuali 1.3 G.

BACA >>> GEMPAK!!! Inilah Rupa Myvi Kalau Bikin Versi Anniversary Edition!

Berikut harga Myvi (2020) mengikut varian:

  • 1.3 G MT - RM41,292
  • 1.3 G AT - RM43,029
  • 1.3 X AT -RM44,959
  • 1.3 X AT (dengan ASA 2.0, baharu) - RM46,959
  • 1.5 H AT (dengan ASA 2.0, baharu) - RM50,530
  • 1.5 AV AT (ASA dipertingkat kepada 2.0, baharu) - RM52,697

* Harga tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia, dan termasuk pengecualian cukai jualan hingga 31 Disember tahun ini.

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, hatchback, Perodua, Perodua Myvi, Perodua Myvi (2020), Roda4, Sistem Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, Warna Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my