• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k

Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k

July 15, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


THAILAND tidak menunggu masa lama untuk menjadi negara kedua selepas Indonesia untuk menyambut ketibaan sportbike 4-silinder 250cc paling hangat dunia, Kawasaki Ninja ZX-25R, sebentar tadi.

Majlis pelancaran model 4-silinder sebaris itu mengambil tempat sempena acara Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020. Cuma pembeli di Thailand tidak ditawarkan varian standard, dan hanya satu pilihan varian edisi khas dengan Sistem Brek Anti-Kunci, SE ABS pada harga 269,000 baht (RM36,380).

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

Menurut portal GreatBiker,  Ninja ZX-25R spesifikasi Thailand dipacu enjin 4-silinder 249.8cc berkuasa 48hp @ 15,500rpm, dan meningkat 1hp dengan bantuan ram udara. Angka tork pula 22.9Nm @ 14,500rpm.

Sama seperti laporan sebelum ini, Ninja ZX-25R mampu memecut pada kelajuan maksimum 187kmj dan dibekalkan ciri khas seperti:

  • Kawalan Traksi Kawasaki (Kawasaki Traction Control, KTRC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem bantuan klac antigelincir (Assist & Slipper Clutch, A&S)
  • Suspensi: Fork terbalik (USD) di depan dan horizontal backlink (belakang)
  • Dua mod tunggangan (Full dan Low)
  • Sistem anjakan gear Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Penutup pelana pembonceng
  • Visor angin smoky
  • Pelindung frem atau slider
  • Pelekat istimewa pada rim dan badan motosikal

Sementara itu, Kawasaki Motors Thailand (KMT) dalam satu kenyataan menyatakan Ninja ZX-25R dijangka menjadi tarikan utama acara BIMS 2020 ke-41 tahun ini selain model lain seperti Ninja 400 serba baharu, siri Z, W dan advencer touring serta jet ski.

BACA >>> Jepun Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, Kuasa Lebih Rendah, Harga Mula RM32k

Kawasaki Thailand ZX-25R 3
Kawasaki Thailand ZX-25R 2
Kawasaki Thailand ZX-25R 1
Kawasaki Thailand ZX-25R
Kawasaki Thailand ZX-25R 4

Pengurus Kanan Jualan KMT, Khun Krissana Pheephaet berkata;

"Kawasaki sekali lagi mencipta fenomena dalam industri motosikal Thailand dengan pelancaran Ninja ZX-25R, sebuah sportbike dengan enjin 4-silinder sebaris 250cc, rev tinggi untuk memenuhi keinginan pelanggan yang gemar menunggang gaya perlumbaan di litar."

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai jumlah unit ditawarkan untuk pelanggan Thailand, pilihan warna dan tarikh sebenar jualan rasmi.

Pada Jumaat lalu, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) melancarkan Ninja ZX-25R secara digital yang mana pembeli republik itu ditawarkan dua pilihan varian, iaitu Standard dan SE. Anda boleh baca perincian pelancaran dan spesifikasi lengkap ZX-25R DI SINI.

BACA >>> Kawasaki Ninja 1000SX (2020) Lancar dengan Teknologi Terkini, Harga RM53k

GALERI
Kawasaki Thailand ZX-25R 4
Kawasaki Thailand ZX-25R 3
Kawasaki Thailand ZX-25R 2
Kawasaki Thailand ZX-25R 1
kawa thai
kawa thai 7
kawa thai 6
kawa thai 5
kawa thai 4
kawa thai 3
kawa thai 2
kawa thai 1

SUMBER: GreatBiker | KawasakiMotorThailand

Related

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki Motors Thailand, Kawasaki Thailand, Kawasaki ZX-25R (2020), Kawasaki ZX-25R Versi Thailand, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS), roda2, Thailand

Comments

  1. Jan says

    July 16, 2020 at 11:42 AM

    Wahh x semahal yang disangkakan ! malaysia, bila lagi?

    bila fikirkan balik, tambah lagi RM2k, boleh beli MT07? haha 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev