FORD Bronco (2021) kini kembali selepas lebih dua dekad tiada pengganti. Bronco mula dikeluarkan pada 1965 dan idea di sebalik jip itu dicetuskan pengurus produk Ford, Donald N Frey yang turut mengilhamkan satu lagi model legenda, Mustang.
Bronco direka jurutera Paul G Axelrad dan model akhir untuk pengeluaran diluluskan Lee Lacocca pada 1964. Bronco dengan bentuk utilitarian dibangunkan sebagai kenderaan luar jalan raya (ORV) dan bermula 1965 dikeluarkan hingga generasi kelima dan ditamatkan pada 1996.
BACA >>> Ford Mustang Mach 1 Bakal Kembali! Model Baharu dengan Legasi 1969
Bermula sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Bronco berubah saiz kepada SUV saiz penuh daripada generasi kedua hingga kelima.
Sejarah sekali tercipta apabila Bronco (2021) generasi keenam dilihat kembali kepada idea asal, dan Ford dilihat merancang baik apabila menawarkan model 2-pintu dan 4-pintu. Tidak terhenti di situ, pemilik Bronco ditawarkan lebih 200 aksesori mengikut cita rasa mereka.
BACA >>> Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap
CIRI FORD BRONCO (2021)
Trenkuasa
- 2.3L EcoBoost V6 dengan anggaran kuasa 270hp dan tork 420Nm.
- 2.7L EcoBoost V6 dengan anggaran kuasa 310hp dan tork 542Nm.
- Transmisi manual 7-kelajuan (6+1), dan opsyen automatik 10-kelajuan SelectShift®.
Casis dan Suspensi
- Casis besi kekuatan tinggi, berkotak penuh.
- Suspensi independan pada bahagian depan.
- Bahagian belakang jenis gandar solid dengan koil spring dan lima pautan (links) untuk kekukuhan dan kawalan off-road.
- Absorber Bilstein® dengan injap hujung henti (end-stop control) pada setiap sudut untuk lebih ketahanan off-road dan mengurangkan kekasaran.
- Jarak kelegaan bumi 294mm, keupayaan merentasi air hingga 853mm.
Pemanduan
- Ada 7 mod pemanduan: Normal, Eco, Sport, Slippery and Sand, dengan Baja, Mud/Ruts dan Rock Crawl untuk pemanduan off-road.
- Ada dua jenis sistem 4x4 iaitu versi asas dengan kotak pindah (transfer case) 2-kelajuan dan fungsi tukaran elektronik sambil pandu Shift-on-the-Fly.
- Ada sistem 4x4 canggih dengan kotak pindah (transfer case) elektromekanikal yang mempunyai mod automatik on-demand untuk gear 2H dan 4H.
Rekabentuk dan Keselamatan
- Model 2-pintu standard dengan bumbung tiga bahagian (depan kanan dan kiri, belakang).
- Model 4-pintu ada empat bahagian bumbung boleh alih (depan kanan dan kiri, tengah dan belakang).
- Panel bumbung semua model boleh dialih melalui selak pada bahagian dalam kereta.
- Model 4-pintu ada bumbung lembut (soft top) sebagai ciri standard, dan pengguna juga boleh memilih jenis bumbung keras (hard top).
- Semua model tiada pintu tanpa bingkai.
- Rangka keselamatan (roll cage) besi kekuatan tinggi dengan beg udara sisi pada struktur asas dan kerusi.
- Ada beg udara pemandu dan penumpang sisi.
- Ada ciri kawalan stabiliti AdvanceTrac® dengan Roll Stability Control™ dan kawalan oleng Trailer Sway Control.
Sama seperti lima generasi terdahulu, Bronco (2021) dikeluarkan Kilang Pemasangan Michigan di Wayne, Michigan. Mengenai spesifikasi dan aksesori pula, Ford memaklumkan harga disyorkan untuk model 2-pintu asas ialah AS$29,995 (RM128,090).
Dengan pakej ditawarkan daripada rekabentuk sehingga teknologi, Bronco (2021) mempunyai potensi untuk dipasarkan di banyak negara seperti Ranger. Bronco bukan setakat lasak tetapi juga ranggi sebagai SUV gaya hidup.
BACA >>> Ford Ranger Thunder - Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm
Leave a Reply