• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Shell Helix Power dan Shell Helix Protect - Minyak Enjin untuk Gaya Pemanduan Berbeza

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect - Minyak Enjin untuk Gaya Pemanduan Berbeza

July 16, 2020 By Han Othman Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan dua minyak enjin Shell Helix baharu yang dirumus kahs untuk dua situasi pemanduan berbeza, iaitu:

  • Shell Helix Power - Pemanduan di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa dan daya pecutan lebih.
  • Shell Helix Protect - Pemanduan di lalu lintas sesak henti-henti di bandar yang menyebabkan stres tinggi ke atas enjin dan memerlukan ekstras perlindungan.

Dua minyak enjin baharu ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia dan memenuhi spesifikasi 0W, 5W ataupun 10W.

INOVASI TERKINI SHELL

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu ialah minyak enjin inovasi terkini Shell menggunakan Teknologi PurePlus, iaitu minyak asas bersih yang dihasilkan daripada gas asli.

Faktanya, minyak enjin ialah produk ‘berpenglibatan rendah‘. Namun, majoriti pemilik Malaysia masih menyerahkan kerja servis kereta mereka kepada bengkel atau pusat servis, terutama proses penukaran minyak kerana sering terkeliru dengan istilah teknikal.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew (foto atas kanan) berkata, Shell Helix Power dan Shell Helix bermatlamatkan mengembalikan proses pilihan minyak enjin kepada pemilik kereta.

"Sebagaimana tertera pada label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa, manakala produk satu lagi menawarkan lebih perlindungan. Anda hanya perlu memilih produk paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan anda,” katanya.

Shell Helix Power dirumus khas untuk aspek prestasi yang memaksimumkan kuasa enjin dan memberikan pecutan lebih pantas untuk pemanduan lebih lancar di lebuh raya, kawasan berbukit dan jalan terbuka. Harga runcit bagi pek 4 liter ialah RM280.

Shell Helix Protect pula dirumus untuk aspek perlindungan yang mampu membersihkan komponen enjin untuk memanjangkan jangkat hayat enjin kereta yang dipandu dalam situasi trafik sesak di bandar. Harga runcit bagi pek 4 liter ialah RM240.

Kedua-dua produk ini adalah jenis minyak enjin sintetik penuh (fully synthetic) dengan kelikatan rendah yang memberikan aliran lebih pantas untuk menyaluti dan melindungi komponen penting ketika enjin dihidupkan. Ini dapat mengurangkan kehausan enjin yang sejuk sebelum dihidupkan, mengurangkan penggunaan bahan api, dan mengurangkan kadar pelepasan karbon, termasuk menjimatkan kos servis.

“Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu adalah pilihan lebih pintar dan mampan. Produk baharu ini mencerminkan komitmen Shell untuk membawakan lebih penyelesaian tenaga yang lebih bersih dengan cara lebih bertanggungjawab,” kata Nyon lagi.

PROMOSI MENARIK - REPLIKA SCUDERIA FERRARI

Pada masa sama, Shell Malaysia turut mengadakan promosi menarik sempena pelancaran produk tersebut. Setiap pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect dari bengkel mengambil bahagian, pelanggan akan dapat hadiah percuma berupa replika kereta lumba Scuderia Ferrari, sementara stok masih ada.

Selain itu, Shell Malaysia juga menjalankan inisiatif #BecauseWeCare sempena pelancaran dengan mengedarkan minyak enjin baharu itu dan Pek Perlindungan Shell Helix secara percuma kepada pemandu Grab.

Maklumat lanjut mengenai Shell Helix Power 0W 30 dan Shell Helix Protect 0W 40 baharu boleh layari www.shell.com.my/helix.

(From left) Shell Lubricants Mktg GM May Tan and GM Nyon Kam Yew at the Shell Protection Kit handover to Grab drivers @ Menara Shell_3
(From left) Shell Lubricants' Nyon Kam Yew, May Tan and Gary Tan at the Shell Protection Kit handover to Grab drivers @ Menara Shell_3
(L-R) Gary Tan, May Tan and Nyon Kam Yew-shell
May Tan (L) and Nyon Kam Yew with the new Shell Helix Power and Shell Helix Protect_2
May Tan and Nyon Kam Yew_1
New Shell Helix Power and Shell Helix Protect
Shell Lubricants General Manager Nyon Kam Yew handing over a Shell Protection Kit to a Grab driver

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, minyak enjin, minyak hitam, Nyon Kam Yew, Shell, Shell Helix Power, Shell Helix Protect, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev