• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ketua Pengarah: JPJ Ada 2.7 Juta Saman Tunggak Bernilai RM800 Juta Belum Langsai

Ketua Pengarah: JPJ Ada 2.7 Juta Saman Tunggak Bernilai RM800 Juta Belum Langsai

July 14, 2020 By Han Othman Leave a Comment

629
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA 2.7 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas sejak 2010 bernilai kira-kira RM800 juta masih belum dijelaskan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, saman tersebut merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tiada lesen memandu.

"Pihak JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu," katanya dipetik Bernama.

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin berkata, JPJ sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110kmj di semua laluan di lebuh raya utama seluruh negara.

Beliau berkata had laju itu terpakai di lebuh raya utama kecuali di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Terowong Menora di Ipoh, Perak dengan had laju 70kmj untuk mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

Selain itu, Shaharuddin berkata empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga akan ditambah di kawasan berkenaan.

"Penambahan itu menjadikan keseluruhan 49 kamera AWAS seluruh negara, termasuk 22 di PLUS setakat ini," katanya.

SUMBER: Bernama

Related

629
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, saman aes, saman jpj, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my