• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Dedah Imej Acah Elantra N Line dengan Rekaan Gril Jejaring Unik

Hyundai Dedah Imej Acah Elantra N Line dengan Rekaan Gril Jejaring Unik

July 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Elantra adalah antara sedan kompak popular di pasaran masa kini yang menampilkan gabungan rekabentuk anggun dengan pakej mampu milik dan reliabel.

Baru-baru ini, Hyundai Motor Company mendedahkan imej acah lakaran sedan sport Elantra N Line. Dengan lencana N Line, Elantra generasi ketujuh itu diberikan beberapa sentuhan prestasi  menerusi gaya sporty, profil rendah dan lebar dengan gril jejaring, dwi-ekzos, skirt sisi dan rim aloi 18 inci khas.

BACA >>> Hyundai i30 N Line - Untuk yang Mahukan Rupa Hot-Hatch, Tetapi Kuasa Biasa-Biasa

Rekaan gril jejaring membezakan Elantara N Line dengan model lain yang direka untuk menambah baik ambilan udara dan diilhamkan daripada sukan pemotoran serta terselit lencana N Line. Cermin sisi dan skirt sisi diperincikan dengan warna hitam berkilat signatur N Line.

Bahagian belakang direka rapi yang melengkapkan keseluruhan profil rendah dan lebar sedan ini yang diserlahkan dengan unit dwi-ekzos dan difuser belakang.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Produk Hyundai Motor Group, Thomas Schemera berkata, Elantra N Line menawarkan rekabentuk agresif yang menggabungkan aksen merah khas N Line dalam dan luar pada harga menarik.

Di pasaran, barisan famili N Line kini terdiri daripada Veloster N, i30 N dan i30 Fastback N. Setakat ini belum ada khabar bilakah Elantra N Line akan menjengah pasaran.

BACA >>> Hyundai i30 N Kini di Malaysia, Tempahan Serendah RM1k di Lazada, 20 Unit Sahaja!
BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

SUMBER: Carmudi

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai Elantra N Line, Hyundai Motor Company, Imej Acah, Roda4, Sedan, sedan sport, teaser, Thomas Schemera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my