• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda NSX Type R (1993) RM1.2 Juta Ini Pernah Dibeli Orang Malaysia Pada 2016

Honda NSX Type R (1993) RM1.2 Juta Ini Pernah Dibeli Orang Malaysia Pada 2016

July 13, 2020 By Azhan O 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA NSX mengubah lanskap supercar dunia apabila dilancarkan, dan NSX Type R (1993) ini adalah antara varian siri itu yang terbaik pernah ada di luar sana.

Honda memutuskan menambah baik versi standard model itu untuk memberikan lebih pengalaman pemanduan berkuasa ekstrem kepada pemiliknya. Jadi varian baharu diperkenalkan untuk pasaran Jepun.

BACA >>> Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!

Dalam menghasilkan NSX Type R, Honda menumpukan kepada pengurangan berat dengan menyingkirkan beberapa bahagian tidak perlu, seperti material penebat bunyi, lapis cat asas (undercoat), stereng kuasa, sistem stereo, tayar simpanan, penyaman udara dan beberapa kelengkapan elektrikal.

Honda juga memuatkan bateri lebih kecil dan kaca nipis untuk cermin belakang, termasuk dipasangkan kerusi buket karbon-kevlar Recaro. Secara keseluruhan, Honda dapat menyingkirkan berat 120kg!

BACA >>> Acura NSX (2019) Facelift Debut di Amerika, Tampil Warna Baharu dan Casis Diperkuat

honda-nsx-type-r-19
honda-nsx-type-r-25
honda-nsx-type-r-24
honda-nsx-type-r-6

Selain itu, NSX Type R (1993) ini menggunakan pendakap badan aluminium untuk dulang bateri, dan depan radiator. Suspensi juga ditukar dengan memasangkan penyendal (bushing) lebih keras, dan begitu juga bar oleng, damper Showa dan spring koil lebih keras.

Perubahan visual adalah rim tempa Enkei ringan, ambilan udara baharu dan lencana Type R.

Kereta keluaran 1992 ini mahu dijual Speedart Motorsports di Miami pada harga buka AS$285,000 (RM1.2 juta). Pemilik asal mendapat penghantaran kereta ini pada Januari 1993 dan menyimpannya hingga 2000 sebelum dijual kepada pemilik baharu dari Australia.

Menariknya, kereta ini tidak pernah meninggalkan negara asalnya, Jepun hingga ia dibeli pemilik ketiga pada 2016 dan dieksport ke Malaysia!

BACA >>> Honda NSX dengan Rim Forgiato Tecnica 2.5-R Tampilkan Ilusi Brek Cakera Berwarna

Pada 2018, kereta berkenaan hendak dilepaskan lagi dan kali ini terbang ke Britain menjadi milik Speedart Motorsports dan sekarang bergerak ke Amerika Syarikat (AS) untuk dijual. NSX Type R(1993) ini sudah dipandu sejauh 49,616km dan dilaporkan berada dalam kondisi cukup cemerlang.

BACA >>> #Infografik: 10 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama

GALERI
honda-nsx-type-r-1
honda-nsx-type-r-2
honda-nsx-type-r-3
honda-nsx-type-r-4
honda-nsx-type-r-5
honda-nsx-type-r-6
honda-nsx-type-r-7
honda-nsx-type-r-8
honda-nsx-type-r-9
honda-nsx-type-r-10
honda-nsx-type-r-11
honda-nsx-type-r-12
honda-nsx-type-r-14
honda-nsx-type-r-15
honda-nsx-type-r-16
honda-nsx-type-r-17
honda-nsx-type-r-18
honda-nsx-type-r-19
honda-nsx-type-r-20
honda-nsx-type-r-21
honda-nsx-type-r-22
honda-nsx-type-r-23
honda-nsx-type-r-24
honda-nsx-type-r-25
honda-nsx-type-r-26
honda-nsx-type-r-27

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Japan, Honda NSX Type R, Honda Type R, Kereta Sport, Roda4, Speedart Motorsports, Supercar

Comments

  1. Ray says

    July 14, 2020 at 5:00 PM

    Pernah ade kat bandar jerantut suatu ketika dahulu...tauke balak katanya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev