• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!

Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!

July 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Jun lalu, kami ada melaporkan cerita seorang pemilik Yamaha RX-Z yang mahu menjual motosikalnya itu pada harga RM70,000 yang mencetus kekecohan dalam kalangan warga maya semalaysia. Kami menyiarkan video si tuan motor menjelaskan kenapa streetbike edisi Millenium itu boleh jadi semahal begitu.

Terkini daripada Facebook Tuan Putera Amirul, dia memaklumkan model 'rare' itu sudahpun ditempah dan bakal pemilik sudah membayar deposit berjumlah RM30,000!

BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

Berikut status Tuan Putera Amirul;

Saya isytiharkan Putih Millennnium yang viral 70k sudah dibayar deposit RM30k. Mana orang kecam, motor sudah ditempah orang gais."

Status berkenaan turut dimuat naik bersama satu foto bersama aktor Shaheizy Sam dan bukti pembayaran deposit bakal pemilik.

Bagaimanapun, seperti dijangka, status itu menerima kecaman orang ramai yang masih tidak percaya tentang jualan itu. Kebanyakannya mendakwa itu cuma sebahagian strategi pemasaran dan 'wayang' semata-mata, sedangkan hakikatnay, motosikal itu masih tiada pembeli. Ada juga meminta pemilik menunjukkan muka pembeli tersebut bagi mengukuhkan status berkenaan.

MESEJ TIADA RESPON

Kami cuba mendapatkan maklum balas dengan Tuan Putera Amirul mengenai pemilik baharu RX-Z menerusi hantaran mesej di laman Facebooknya. Sayangnya, hingga ke hari ini mesej kami tidak dibalas. Jadi, siapa pemilik RX-Z versi kayangan itu masih kekal misteri.

 

View this post on Instagram

 

PANAS... PANAS... PANAS... Coming soon 😎 #Antidot #AntidotMalaysia #RXZ

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on Jul 12, 2020 at 2:23am PDT


Awalnya kami menjangka Shaheizy adalah pemilik baharu RX-Z tersebut berdasarkan foto yang dimuat naik bersama status itu. Namun, selepas melihat akaun Instagram aktor itu, foto itu dirakamkan pada perhimpunan bersama pemilik RX-Z sebagai sebahagian promosi perisa rokok elektronik Vape Antidot di Terengganu.

Jadi, siapakah gerangan pemilik sebenar RX-Z berharga RM70,000 itu? Mungkinkah selepas pembayaran penuh dilakukan, pemilik baharu The Boss itu akan didedahkan?

SCENE COLLECTOR'S ITEM PERLU DIRAIKAN?

Yamaha RX-Z RM70k-1
Yamaha RX-Z RM70k-2

Kami harap Tuan Putera Amirul sudi menghubungi kami untuk kita berongsi cerita mengenai RX-Z anda. Kami sebenarnya sangat sporting dan meraikan scene barangan pengumpul (collector's item). Kami berpendapat pembaca kita perlu dididik menghargai scene seperti ini yang diraikan seadanya di Indonesia dan Vietnam.

Scene barangan pengumpul dalam apa segmen sekalipun (bukan automotif saja) adalah sebahagian sejarah pop-cult kita. Cuma dalam dunia motosikal tempatan, ia masih baharu dan tidak hairanlah mengundang kecaman. Sedangkan dalam scene kereta, terutama versi JDM atau MDM (Malaysia Domestic Market), harga 'meninggal' yang diletakkan pemilik model kereta tertentu tidak pernah jadi isu.

Ada permintaan, maka ada penawaran. Kalau tiada penawaran, harga akan jatuh. Dan kalau dijual murah daripada harga sasaran pun bukan isu juga.

BACA >>> Jawab Kuiz Ini Dahulu Sebelum Berani Mengaku Peminat Setia Yamaha RX-Z
BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Collector Item, HLYM, Hobi, Hong Leong Yamaha Motor, iklan, Motosikal Rare, roda2, streetbike, Yamaha, Yamaha RX-Z, Yamaha RX-Z Boss, Yamaha RX-Z RM70k

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev