• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Yamaha Thailand Bakal Lancar Streetbike MT-15 Edisi Petronas?

#Spyshot: Yamaha Thailand Bakal Lancar Streetbike MT-15 Edisi Petronas?

July 12, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNCUL khabar mengatakan Yamaha Motor Thailand bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya satu model istimewa sempena ulang tahun kelahiran jenama Yamaha ke-60.

Kepada yang belum tahu, Yamaha menyambut hari jadi pada 1 Julai setiap tahun berasaskan tarikh penubuhan rasmi Yamaha Motor Company pada 1 Julau 1955 di Jepun.

BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat 'Pot' dalam Yamaha NMAX

Beberapa hari lalu, portal Pertamax7 berkongsi dua foto menunjukkan brosur streetbike Yamaha MT-15 Edisi Terhad dalam seragam biru hijau mirip warna Petronas.

Motosikal itu diberikan aksen kuning floresen atas tangki minyak dan begitu juga rim, juga berwarna sama. Unit fork terbalik (USD) tampil dalam warna emas, manakala spesifikasi model edisi terhad ini dikatakan sama seperti model sedia ada.

Paparan logo aniversari ke-65 Yamaha pada kulit depan brosur seolah-olah 'petunjuk awal' mengesahkan status kesahihan model berkenaan. Apapun, lebih baik kita tunggu pengumuman sebenar daripada Yamaha Thailand.

LANCAR DI THAILAND

Yamaha melancarkan MT-15 di Thailand buat kali pertama pada 2018, dengan kehadiran pelumba legenda MotoGP yang banyak mengharumkan nama Yamaha, Valentino Rossi. Streetbike jenis naked itu juga adalah model pengganti M-Slaz dalam kelas 150cc yang diperkenalkan sejak 2015.

MT-15 adalah varian aras mula dalam famili MT yang datang dengan ciri meter LCD digital penuh paparan negatif (latar gelap). Ada lampu anjakan gear sebagai indikator untuk penunggang menukar gear dalam ligatan rev tertentu. Lampu depan dan belakang menggunakan unit LED.

Spesifikasi trenkuasa dipacu enjin silinder tunggal 155cc dengan transmisi klac manual 6-kelajuan yang menghasilkan output kuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 15Nm @ 8,500rpm. Model ini turut dilengkapkan ciri klac anti-gelincir Asisst & Slipper (A&S)

MT15 spesifikasi Thailand ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu hitam kelabu, biru-hitam, hitam dan biru gelap. Semakan menerusi laman web Yamaha Thailand mendapati model edisi terhad itu belum dipaparkan kepada umum.

BACA >>> Pembeli Lebih Sukakan MT-15, Yamaha Indonesia Terpaksa Tamatkan Pengeluaran Xabre

SUMBER: Pertamax7 |Yamaha Thailand

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Foto Intip, Imej Intip, Petronas, roda2, Spyshot, streetbike, Thailand, Yamaha Motor Company, Yamaha Motor Thailand, Yamaha MT-15, Yamaha MT-15 Petronas Edition, Yamaha Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my