MINGGU lalu pihak pengedar tunggal Perodua di Brunei, GHK Motors melancarkan Perodua Myvi baharu dan Myvi S-Edition yang lengkap dengan kit badan.
Penampilan Myvi S-Edition menimbulkan kekeliruan kerana berbeza berbanding varian di Malaysia hingga warga maya berpendapat ia rekabentuk khas yang dibikin Perodua untuk pengguna Brunei.
Namun, Perodua tampil menjelaskan isu tersebut menerusi kenyataan rasmi yang mendakwa kit badan tersebut adalah rekaan sendiri GHK Motors, dan tiada kena mengena dengan Perodua.
BACA >>> Brunei Buka Tempahan Perodua Myvi Serba Baharu!
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;
Kami sudah berinteraksi dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai varian ini dan untuk memastikan penambahan kepada varian ini memenuhi piawaian yang ditetapkan."
"Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motors, pengenalan Myvi S-Edition adalah percubaan mereka untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran sana."
Perodua juga memahami bahawa pengenalan Myvi S-Edition itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminattempatan dan diharapkan kenyataan terbaharu ini dapat menjernihkan isu berkenaan.
BACA >>> Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?
MOHD ROZI says
Saya Booking keta dah hampir 2 bulan loan pn dah lulus igt boleh dapat sblm raya haji tetapi bila call agen perodua jawapan hampa sb perodua nak launching Myvi baru pada 15hb ni..entah bila boleh dpat