• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat Jualan Mitsubishi Melaka Perkenal Konsep Korporat Baharu

Pusat Jualan Mitsubishi Melaka Perkenal Konsep Korporat Baharu

July 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

647
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama Sing Kwung Jidosha memperkenalkan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang dinaik taraf di Melaka.

Berlokasi di Taman Industri Malim Jaya, Sing Kwung Jidosha ialah bilik pameran pertama Melaka yang menggunakan jenama korporat Mitsubishi Motor dengan slogan ‘Drive Your Ambition’. Naik taraf premis itu menjadikan jumlah Bilik Pameran Mitsubishi sebanyak 20 premis yang menggunakan konsep Mitsubishi Motors VI baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Tomoyuki Shinnishi mengucapkan terima kasih kepada Sing Kwung Jidosha, kerana menyiapkan Bilik Pameran itu dengan konsep Mitsubishi Motors VI baharu.

"Dengan imej jenama dipertingkat, ini menunjukkan komitmen kami dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dan memberikan mereka pengalaman selesa ketika mengunjungi Bilik Pameran," jelasnya.

Berkeluasan 10,000 kaki persegi, Pusat 3S itu dilengkapi ruang istirahat pelanggan, siap dengan sambungan WiFi, ruang servis dengan kapasiti hingga lima kereta pada satu-satu masa, ruang simpanan alat ganti dan kemudahan semburan cat dan badan. Juga  tersedia kelengkapan diagnostik dan alatan set istimewa (SST).

MMM kini memiliki 50 Pusat Jualan, dan 45 daripada premis tersebut ialah Pusat 3S, dan 51 outlet servis seluruh negara. Di Malaysia Timur, wakil pengedar itu menawarkan 14 Pusat Jualan.

BACA >>> Mitsubishi Motors Malaysia Catat Perkongsian Pasaran Tertinggi, 22.8 Peratus
BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

 

Related

647
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 3s, autoterkini, Mitsubishi, mitsubishi motor malaysia, Pusat 3S, Sing Kwung Jidosha, Tomoyuki Shinnishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev