• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pernat: Rossi Takkan Umum Apa-Apa di Jerez, Kena Tunggu Berlumba Dulu

Pernat: Rossi Takkan Umum Apa-Apa di Jerez, Kena Tunggu Berlumba Dulu

July 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


BANYAK berita dan cakap-cakap tentang Valentino Rossi dan sehingga kini ramai yang menunggu berita rasmi tentang penghijrahan pelumba senior itu ke pasukan Petronas Yamaha SRT (2021) selain berita tentang status Andrea Dovizioso bersama Ducati.

Soalan penting, adakah Rossi akan muncul dalam MotoGP 2021 bersama pasukan baharu? Pengurus dan broker MotoGP, Carlo Pernat yakin 99 peratus yang Rossi akan membangunkan pasukan MotoGP sendiri.

BACA >>> Pemilik Tidak Datang Tuntut, Ducati 996 R Ini Terbiar Selama 20 Tahun

valentino-rossi-carlo-pernat
Carlo Pernat

Pernat berkata;

Sebelum ini aku yakin dia akan jadi dengan Yamaha, tetapi kali ini kurang yakin sebab regulasi baru pasal pasukan satelit 2022, hanya empat jentera saja dibenarkan berlumba.

"Apa akan jadi dengan Petronas? Dia boleh berpindah ke pasukan lain juga. Kat Suzuki ada Brivio yang memang dah ada hubungan persahabatan lebih baik. Jenama Aprilia pun cukup besar buat Rossi kerana negara kelahirannya, dan tidak terkejut kalau dia jadi pengurus pasukan atau jurulatih pada masa depan. Atau apa sajalah kerana aku nampak kolaborasi dengan Aprilia lebih munasabah berbanding Suzuki. Tapi, penting untuk lihat prestasi Aprilia."

Selain itu, Pernat juga yakin Rossi tidak akan mengumumkan status masa depannya dalam MotoGP di Jerez nanti kerana pelumba Itali itu akan melihat potensi dan peluangnya selepas beberapa perlumbaan.

Pernat berkata;

Situasi tak aktif sebab koronavirus menghentikan semua orang, termasuk Rossi. Kita kena faham situasi yang berlaku dan hanya perlukan beberapa perlumbaan untuk buat keputusan. Dah berapa kali mereka cakap akan ada tandatangan dalam masa terdekat dan kemudian semua tunda? Aku rasa Yamaha mungkin mahu tunggu tempoh masa minimum."

BACA >>> Razlan: Belum Ada Rundingan dengan Rossi Pasal Petronas Yamaha SRT
BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP

SUMBER: GPOne

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2021 MotoGP, Auto Terkini, Carlo Pernat, Kejuaraan Dunia MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, Super Siri Yamaha Petronas, Valentino Rossi, VR46, Yamaha Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev