• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM: Pasang Lampu Kabus, Mentol 'Ice Blue' Boleh Kena Saman RM2k, Penjara!

PDRM: Pasang Lampu Kabus, Mentol 'Ice Blue' Boleh Kena Saman RM2k, Penjara!

July 7, 2020 By Han Othman 1 Comment

14.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNAAN lampu kabus dan mentol ‘ice blue’ untuk lampu brek belakang yang semakin berleluasa boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana berisiko mengundang nahas jalan raya disebabkan tahap silau tinggi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, penggunaan lampu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).

BACA >>> Memandu Sambil Minum Kopi Pun Boleh Kena Saman di UK! (Bersyukurlah)

lampu-ice-blue-1
lampu-ice-blue-2

Menurutnya, kesalahan itu ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di jalan raya dan semua bahagian dan aksesori hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang dalam kenderaan atau jalan raya.

“Sebanyak 9,385 saman dikeluarkan bagi kesalahan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini kerana menggunakan lampu berkenaan. Daripada jumlah itu, 6,566 saman belum dijelaskan manakala selebihnya dibayar. Sepanjang tahun lalu, 16,092 saman dikeluarkan dan 9,323 saman masih belum dijelaskan.

 

“Justeru, pemasangan aksesori tanpa kebenaran ini adalah menyalahi undang-undang jalan raya kerana memungkinkan bahaya kepada orang dalam kenderaan atau di jalan raya,” katanya dipetik Bernama.

BOLEH KENA DENDA RM2K, PENJARA DAN SITA!

Azisman berkata lagi, kesalahan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan.  Tindakan keras juga akan diambil jika pemandu masih ingkar dan memasang aksesori berkenaan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Dari segi penguatkuasaan, kita bersedia dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dari segi jualan, pemasangan dan kebenaran daripada pihak berwajib.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik kenderaan supaya tidak mengubah suai kenderaan mereka dengan memasang lampu berkenaan yang melanggar VTA (Kelulusan Jenis Kenderaan) yang diberikan kepada kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kenderaan yang ditahan juga boleh disita di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelak kesalahan sama berulang.

BACA >>> Covid-19: Atuk Kena Saman Sebab Main Pokemon Go Ketika Perintah Berkurung

SUMBER: Bernama

Related

14.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fog Lamp, lampu kabus, Mentol 'Ice Cube', PDRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Saman

Comments

  1. Peter says

    September 27, 2020 at 12:13 PM

    Sekarang banyak orang pasang Mentol led. Ia lebih terang tapi tapi pemasangan nya tak betul. Kerna ketinggian mentol ada tinggi dan rendah. Lepas pasang pertu adjust sudut lampu yang betul tapi kebanyakan tidak.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev