• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Kapcai, Superbike dan Kereta Sport Tak Boleh Naik Genting Highlands!

Konvoi Kapcai, Superbike dan Kereta Sport Tak Boleh Naik Genting Highlands!

July 6, 2020 By Wahid 1 Comment

37.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI berita mengejutkan buat mat motor dan mat kereta kita yang selalu menjadikan Genting Highlands sebagai destinasi konvoi.

Terbaharu, pihak pengurusan Genting Highlands memutuskan menghalang sebarang konvoi membabitkan motosikal jenis kapcai dan superbike, atau kereta sport ke resort pelancongan itu.

Sumber berita ini dipetik daripada channel YouTube Wazi Abdul Hamid (lihat video di bawah) yang merakamkan penjelasan seorang anggota polis mengenai larangan berkenaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!

Menurut anggota polis itu, keputusan dibuat pihak pengurusan Genting Highlands tersebut adalah respons kepada sesetengah kumpulan konvoi yang membuat kecoh dengan membunyikan ekzos bising dan mengganggu ketenteraman tetamu hotel.

Larangan tersebut berkuat kuasa serta merta hingga tarikh yang akan diberitahu kelak, ataupun apabila polis Genting Highlands tidak lagi menyekat laluan konvoi motosikal dan kereta sport ke sana. Sebagai pemilik resort dan taman tema, pengurusan Genting Highlands mempunyai hak untuk menyekat mana-mana pengguna daripada memasuki akses laluan tersebut.

Pesanan kami kepada kumpulan konvoi motosikal dan kereta, silalah berfikir dulu sebelum buat apa-apa yang boleh menyakitkan hati orang, jadilah penunggang dan pemandu bertanggungjawab. Janganlah disebabkan setitik nila, habis rosak susu sebelanga.

BACA >>> Enjin Proton Ertiga Kecil, Boleh Ke Naik Genting Highland?

Related

37.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Comments

  1. P says

    July 7, 2020 at 9:20 PM

    Hrmmm aritu g shopping kat GPO guna moto gak... Lepas ni tk nak shopping lagi kat GPO lah... Bunyi macam sombong je...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev