CRUISER sentuhan pakar kustom EIMOR Custom ini menggunakan model Royal Enfield Bullet 350 awal 90-an sebagai asas modifikasi.
Ada cerita di sebalik Royal Enfield Graduate 350 kustom milik pengasas dan pengarah kreatif EIMOR Custom, Saikat Basu ini. Inilah sehabat sejati yang menjadi peneman beliau sepanjang masa untuk bergerak dan berkelanan ke mana-mana. Seiring masa berlalu, banyak komponen dan alat ganti sudah lusuh, manakala pendawaian dan kotak gear mula rosak serta suspensi pula sudah keras.
BACA >>> #BikinMotor: BMW R1100GS Edisi Scrambler, Sentuhan Pereka Tatu dan Bengkel Kustom
Jadi, EIMOR Custom memutuskan melakukan rombakan lengkap ke atas motosikal ini dengan mengemas kini senarai komponen yang bersesuaian dengan gaya Royal Enfield terkini.
Bullet Graduate 350 ini diberikan skema warna baharu yang menjadi pilihan lebih baik berbanding model standard sedia ada. Projek khas ini boleh disebut sebagai kombinasi antara restorasi dan ubah suai.
Restorasi penting untuk menggantikan aspek mekanikal seperti pendawaian, perumah lampu depan, komponen suspensi, kotak gear, dan karburetor yang sudah lusuh. Selepas digunakan lebih 100,000km dengan meredah pelbagai kondisi jalan, motosikal ini memang layak dibaik pulih untuk terus bertahan dalam melalui cabaran tunggangan masa depan.
Pelana baharu dipasang untuk meningkatkan keselesaan, dan begitu juga lampu belakang dan signal belok yang turut ditukar. Kombinasi warna matang dipilih menerusi kelabu kebiruan dan putih untuk memberikan aura retro.
Grafik strip coklat gelap meningkatkan lagi penampilan motosikal, manakala brek cakera dipilih menggantikan brek asal di depan untuk meningkatkan keyakinan membrek. Penggunaan beg pelana keras yang dipasangkan pada bar belakang menambah kapasiti muatan buat penunggang dan pembonceng.
Jentera kustom ini turut menampilkan ukiran tangan pada penutup klac, penutup kotak gear, dan beberapa bahagian lain. Hasilnya, Royal Enfield Bullet ‘The Graduate’ tampil retro dan moden yang seiring peredaran zaman.
BACA >>> Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson
BACA >>> Royal Enfield Thunderbird 350 'Spartan' - daripada Scrambler Jipang Jadi Cruiser Tampan
GALERI
SUMBER: Maxabout
Leave a Reply