• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Forza 350 dengan Enjin VTEC Lancar di Thailand 13 Julai ini?

Honda Forza 350 dengan Enjin VTEC Lancar di Thailand 13 Julai ini?

July 7, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

28.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIMBUL desas-desus mengatakan Honda akan melancarkan Forza 350 di Thailand pada 13 Julai ini sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020. Jika benar, Yamaha menerusi XMAX 300 bakal berdepan saingan sengit dek teknologi ditawarkan skuter maksi Honda itu.

Trenkuasa Forza 350 baharu dinaik taraf daripada kapasiti 279cc (Forza 300) hingga memasuki kelas 350cc. Beberapa media Thailand menyatakan peningkatan sesaran enjin adalah sebanyak 60cc. Blok enjin masih sama, tetapi dibesarkan saiz silinder asal.

Bukan hanya saiz silinder dibesarkan, trenkuasa baharu ini juga dilengkapi sistem pemasaan injap elektronik, dipanggil VTEC yang membantu enjin menghasilkan emisi karbon lebih rendah, dan pada masa masa menjanjikan prestasi lebih baik.

BACA >>> Yamaha XMAX 300 Roma Edition MMXX - Skuter Spesial Sempena Tribut Ibu Kota Rom

Jika masih ingat, Honda beberapa tahun lalu dengan tidak sengaja mendedahkan dokumen lakaran paten enjin VTEC untuk motosikal/skuter misteri, dan model dikaitkan ialah PCX dan Forza.

Rekabentuk Forza 350 tidak berubah, sama seperti model 300 terdahulu yang dilancarkan pada 2018. Usia generasi semasa Forza baru saja dua tahun dan masih awal untuk dikemas kini.

Sementara itu, Kerajaan Thailand membenarkan penganjur Grand Prix International meneruskan BIMS kali ke-41 di Impact Arena, Muang Thong Thani di Nonthaburi, bermula 15-26 Julai ini. Acara itu, yang sepatutnya berlangsung 25 Mac-5 April lalu, terpaksa ditangguhkan akibat krisis Covid-19.

BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R (2020), Harga RM10k

GALERI
honda-forza-350-2020-iv
honda-forza-350-2020-i
forza3
honda-forza-350-2020-iii
honda-forza-350-2020-ii
forza 1

SUMBER: MotoSaigon

Related

28.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Grand Prix International, Honda Forza 350, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020, roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev