• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX150 Bandit dengan Warna, Grafik Baharu Lancar di Taiwan Hujung Julai Ini

Suzuki GSX150 Bandit dengan Warna, Grafik Baharu Lancar di Taiwan Hujung Julai Ini

July 6, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

192
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI MOTOR TAIWAN (SMT) membuat hebahan awal mengenai ketibaan model streetbike Suzuki GSX150 Bandit (2020)  dengan skema warna baharu di Facebook yang dijangka tiba 23 Julai ini.

Model itu, yang diimport dari Indonesia, menampilkan warna baharu yang berbeza berbanding model di Indonesia dan Vietnam. Streetbike tersebut nampaknya tidak lagi menggunakan dekal 'GSX S150 Bandit', tetapi digantikan kepada '150 Bandit'. Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada ia akan diubah kepada S150 atau kekal sebagai Bandit.

BACA >>> Suzuki Bandit 150: Satu Lagi Sportbike Mahu Bikin Kacau Pasaran Indonesia

Warna baharu itu ialah kelabu kusam (foto bawah) dengan strip merah dan kelabu terang serta grafik teks 'Bandit' hitam pada fairing sisi. Varian warna baharu tersebut juga dikatakan mungkin dijual di Taiwan terlebih dulu sebelum masuk pasaran negara pengeluar, Indonesia.

Rekabentuk dan ciri GSX150 Bandit ini masih sama seperti model sedia ada, dipercayai tidak menerima pembaharuan mekanikal dan trenkuasa. Ia juga berkongsi tangki minyak, enjin dan lampu utama jenis LED yang sama seperti model kapcai Satria 150.

BACA >>> Suzuki GSX-S300 (Haojue DR300) Didedahkan, Siap Sedia Lancar di China

Suzuki GSX-S150 Bandit Indonesia
Suzuki GSX-S150 Bandit Vietnam

Trenkuasa GSX150 Bandit dipacu enjin 4-injap silinder tunggal 147cc DOHC dengan suntikan bahan api (FI), manakala sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa 18.6bhp dan tork 14Nm. Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Panel instrumen jenis digital sepenuhnya, manakala sistem brek menggunakan unit cakera tunggal depan dan belakang.

Berdasarkan komen Facebook Suzuki Motor TW, GSX150 Bandit versi Taiwan itu tidak dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan peminat di sana. Setakat ini, SMT belum mendedahkan maklumat mengenai harga streetbike tersebut.

SUMBER: FacebookSuzukiTaiwan | WarungAsep

Related

192
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, streetbike, Suzuki, Suzuki GSX150 Bandit, Suzuki Taiwan, Suzuki TW, Taiwan

Comments

  1. Jan says

    July 9, 2020 at 12:53 PM

    Seronok jgk kalau masuk malaysia, boleh saing2 dgn FZ. dah lama nak pakai suzuki, last ada belang je.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev