• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Azmin: Kerajaan Akan Teruskan Projek Kereta Nasional Ketiga

Azmin: Kerajaan Akan Teruskan Projek Kereta Nasional Ketiga

July 3, 2020 By Han Othman Leave a Comment

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK kereta nasional ketiga akan diteruskan Kerajaan walaupun kepimpinan negara pada Mac lalu sudah berubah, kata Menteri Kanan, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau turut meminta Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Daihatsu memberikan taklimat serta membuat pembentangan kertas kerja kepada Kerajaan mengenai kaedah kedua syarikat automotif itu dapat membantu membangunkan projek kereta nasional ketiga.

BACA >>> DreamEDGE Tayang Lampu Depan, Belakang Kereta Nasional Ketiga

"Ini adalah demi keperluan untuk mengembangkan sektor automotif negara. Saya juga mencadangkan kepada pengurusan (DreamEDGE) untuk memberikan taklimat mengenai kemajuan kereta nasional ketiga. Ini kerana kita sudah mengenal pasti platform dan pelaksanaannya. Perkara ini perlu diperjelaskan," katanya.

Beli berkata demikian selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Perodua Suppliers Association (P2SA) dan Perodua Dealers Association (PDA).

Mohamed Azmin berkata lagi, Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) diteruskan kerana ia agenda dan rangka kerja untuk industri automotif masa hadapan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, cadangan Menteri Kanan itu akan disempurnakan pihaknya secepat mungkin. Menurutnya, cadangan kertas kerja itu tidak semestinya projek kereta nasional baru saja, tetapi membabitkan ekosistem industri secara keseluruhan.

"Kita akan bentangkan kepada Kerajaan bagaimana Perodua dapat membantu ekosistem automotif tempatan, bukan saja tertumpu kepada kereta nasional ketiga. Ia merangkumi ekosistem dari tenaga kerja hinggalah teknologi serta vendor," katanya dipetik BHarian.

BACA >>> Perodua Sedia Kongsi Teknologi, Vendor dan Fasiliti untuk Kereta Nasional Ketiga

SUMBER: BHarian

Related

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Institut Automotif, Kereta Nasional Ketiga, Perodua, Robotik dan IoT Malaysia (MARii)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev