• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Buka Tempahan Rush 1000, Cuma 100 Unit Dikeluarkan Seluruh Dunia

MV Agusta Buka Tempahan Rush 1000, Cuma 100 Unit Dikeluarkan Seluruh Dunia

July 2, 2020 By Aryon 1 Comment

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV AGUSTA membuka pratempahan untuk model edisi terhad, Rush 1000 dengan deposit €10,000 (RM43,340) daripada harga penuh €35,000 (RM169,190) dan hanya dikeluarkan 300 unit sahaja seluruh dunia.

Rush 1000, yang mula memasuki pengeluaran Jun lalu, menampilkan rekabentuk yang mengambil ilham jentera naked lumba drag. Model ini dibina berasaskan Brutale 1000 dengan gaya lampu utama dan lampu belakang LED berbentuk bulat, penutup rim gentian karbon dengan dekal '04', rim aluminium tempa dan swingarm sebelah.

BACA >>> MV Agusta Brutale 1000 RR Blue & White ML Ini Cuma Dijual Satu Unit Sahaja!

Motosikal ini memiliki tangki minyak maskular, pelana kompak dan rekabentuk belakang unik. MV Agusta turut menawarkan kit lumba Racing Kit terdiri daripada penutup pelana pembonceng gentian karbon, dan kit ekzos lumba titanium dengan pemetaan unit kawalan eletronik (ECU)m penutup ekzos gentian karbon dan kit pemasangan.

Racing Kit boleh dibeli dan dipasang berasingan apabila tempahan disahkan.

Aspek mekanikal dipacu enjin 4-silinder 998cc berkuasa 208hp @ 13,000rpm dan tork 116.6Nm @ 11,000rpm dengan kelajuan maksimum lebih 300kmj, manakala pek Racing Kit mampu meningkatkan kuasa hingga 212hp.

BACA >>> Ferrari 1488 Spider Concept - Superbike yang Cuma Ada Satu Unit di Dunia Mahu Dijual

GALERI

Related

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta Rush 1000, naked bike, roda2, superbike

Comments

  1. Jan says

    July 3, 2020 at 11:22 AM

    MV Agusta sememangnya sinonim dengan exotic, malah lebih exotic dari Ducati. cumanya model2 lama agak kurang "reliable", selalu ada problem sana sini. model baru x pastilah cmne.

    tapi kalau berduit, peduli ke semua tu? yg penting motor rare !

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev