• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO : Ford Ranger Terima Ciri Keselamatan Baharu

BERITA AUTO : Ford Ranger Terima Ciri Keselamatan Baharu

June 30, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

IMG_5590FORD terus sukses mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak pikap menerusi penambahbaikan terhadap ciri keselamatan dalam usaha menawarkan aspek keselamatan yang terbaik dalam kelasnya.

Biarpun dikenali sebagai kenderaan pikap dan juga menjadi model terlaris Ford, ia kini menawarkan ciri teknologi Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan ISOFIX pada kesemua barisan model Ford Ranger - Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Malaysia dan Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman menyifatkan aspek keselamatan pengguna adalah keutamaan bagi semua kenderaan Ford yang dihasilkan. Menurutnya, Ford Ranger kini menjadi antara trak pikap yang paling selamat dalam pasaran menerusi penambahbaikan itu.

New frontal airbags for the driver and passenger in Wildtrak, XLT and XL Single and Double Cab

ESP

Tahukah apa punca-punca yang menyebabkan sesebuah kenderaan itu 'buang' atau terbabas?  Ia berpunca apabila pemandu belok lebih (Over Steer-OS) atau Belok Kurang (Under Steer-US). OS berlaku apabila pemandu berpusing lebih daripada apa yang dimahukan manakala US pula terjadi apabila kereta berpusing kurang daripada apa yang dimahukan pemandu.

Dengan adanya ciri keselamatan ESP, ia mampu meningkatkan tahap kawalan pemandu dalam apa jua keadaan dan memaksimumkan cengkaman kenderaan serta kestabilan kenderaan.

Apabila ESP mengesan kenderaan mengalami OS atau US, secara automatik ia akan mengurangkan kuasa tork enjin atau membrek pada roda-roda tertentu untuk menstabilkan kenderaan dan membantu ia kekal di laluan sepatutnya.

Ciri ini sangat berguna terutama di atas jalan licin terutamanya apabila pemandu terpaksa mengubah laluan secara tiba-tiba atau ketika melakukan pecutan semasa mengambil selekoh.

Enhanced safety features include Ford’s Electronic Stability Program (ESP) across all variants and ISOFIX mounts

CIRI KESELAMATAN BAHARU

Selain itu, antara penambahbaikan lain adalah kehadiran beg udara baharu bagi pemandu dan penumpang hadapan - sebelum ini hanya dipasang pada varian Ford Ranger XLT dan Wildtrak – kini sudah dipasang pada varian XL Single Cab dan Double Cab.

Sebagai tambahan, semua varian Ranger kini menampilkan teknologi Ford BeltMinder, menjadi ciri standard pada varian Wildtrak – ia mengingatkan penumpang hadapan supaya memakai tali pinggang keledar melalui bunyi amaran.

Ranger juga telah dibina untuk memberi pelindungan kepada pejalan kaki. Versi XL dan XLT yang telah dinaik taraf kini termasuk reka bentuk bampar hadapan yang mengandungi material penyerap tenaga, ciri yang wujud dalam Wildtrak.

Penambahbaikan lain yang telah dilakukan ke atas varian Ranger XL Single Cab termasuklah bampar belakang dan rim besi bersaiz 16 inci. Sementara varian Single Cab dan XL 4x2 Double Cab Lo-Rider kini dilengkapi radio serta dua unit pembesar suara.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans baharu bagi barisan Ford Ranger :

• 3.2L Wildtrak AT RM117,488
• 3.2L XLT MT RM98,641
• 2.2L XLT AT RM96,688
• 2.2L XLT MT RM89,788
• 2.2L XL 4X4 MT RM80,588
• 2.2L XL 4X2 MT Lo-Rider RM68,888
• 2.2L XL 4X4 MT Single Cab RM71,788

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2.2L XL 4X2 MT Lo-Rider, 2.2L XL 4X4 MT, 2.2L XL 4X4 MT Single Cab, 2.2L XLT AT, 2.2L XLT MT, 3.2L Wildtrak AT, 3.2L XLT MT, David Westerman, Ford Ranger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev