GPX THAILAND baru saja melancarkan sportbike Demon GR200R (2020) yang khabarnya Malaysia juga bakal menerima model itu tidak lama lagi.
GPX bukanlah jenama asing dalam kalangan peminat motosikal Malaysia kerana sebelum ini kita pernah menyaksikan pelancaran Demon 150 GR (RM9,800) untuk pasaran tempatan tahun lalu.
BACA >>> GPX Demon 150GR aka Panigale Mini Kini di Malaysia, Harga RM9,800 Sahaja!
Jika Demon 150 GR dikatakan mirip Ducati Panigale, Demon GR200R (2020) ini pula mirip Yamaha YZF-R1. Model itu dijana enjin silinder tunggal 198cc penyejukan cecair dengan tork 17.2Nm @ 6,500rpm. Bagaimanapun, angka kuasa (hp) tidak pula didedahkan laman web rasmi GPX Thailand.
Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan. Sistem henti digalas brek cakera hidraulik dengan kaliper 2-piston 276mm di depan dan 220mm (belakang).
Bahagian roda dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock YSS boleh laras prabeban 7-tetapan di belakang. Sportbike ini menggunakan rim 17 inci yang dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang).
BACA >>> GPX Raptor 180 (2019) Lancar di Thailand, Harga RM8k
Bahagian pemuka pula terhidang paparan skrin LCD TFT berwarna dengan rekaan moden yang memaparkan maklumat digital LED penuh seperti takometer, odometer, baki minyak, suhu enjin, posisi gear, mod tunggangan, jam dan lain-lain.
BACA >>> Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP
Dimensi Demon GR200R (2020) memiliki jarak roda 1,340mm, panjang 2,020mm dan tinggi pelana 815mm, sesuai dikendalikan majoriti saiz penunggang Asean. Juga dipadankan ekzos sport dan peg kaki aluminium, manakala sistem pencahayaan menggunakan teknologi LED berserta lampu siang (DRL) di depan.
Sportbike aras mula ini memiliki berat 150kg dengan saiz tangki minyak 11 liter. Harga jualan di Thailand ialah 76,500 baht (RM10,600) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna: merah, hitam dan kelabu.
Atas kertas, model itu bakal bersaing dengan Pulsar RS200, TVS Apache RTR200 dan KTM 200 Duke.
BACA >>> 28 Foto Ini Pasti Buat Anda Jatuh Cinta kepada GPX Demon 150GR
Leave a Reply