• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pereka Hasilkan Imej Bayangan Honda CBR750RR Ambil Ilham CBR1000RR-R

Pereka Hasilkan Imej Bayangan Honda CBR750RR Ambil Ilham CBR1000RR-R

June 26, 2020 By Aryon 1 Comment

7.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Dengan spekulasi Honda bakal memperkenalkan semula sportbike middleweight CBR600RR pada 2020, seorang pereka grafik terpanggil untuk menghasilkan lakaran berasaskan model ikonik 750cc terdahulu.

CBR750RR mungkin motosikal yang tidak berpeluang untuk muncul pada dekad 80-an, tetapi idea mengenai model sportbike dengan enjin 750cc tidak pernah terpadam.

Sudah tentu Honda pernah ada model VFR750R (foto atas) dengan kod nama RC30 yang cukup ikonik. Walaupun dibandingkan motosikal 750cc yang sama kelas, RC30 nyata lebih premium, pantas dan lebih mahal. Dan Honda juga membangunkan barisan Fireblade untuk menerapkan elemen dinamik dan kuasa jentera lumba pada model jalanan.

Soalannya, jika Honda menghidupkan semula segmen 750cc, bagaimanakah agaknya rekabentuk model tersebut dalam versi moden? Pereka dari Indonesia, Deh Hasi cuba menghasilkan imej bayangan menggunakan lakaran komputer.

Berdasarkan lakaran itu, CBR750RR dilihat direka berasaskan CBR650R terkini dengan rekabentuk depan tajam, dan dwi lampu utama tirus bentuk V.  Namun, tidak seperti RC30 dan RC45, CBR750RR didatangkan dengan dual paip ekzos dalam mufler tunggal. Sistem suspensi jenis monoshock di belakang, dan fork terbalik (USD) di depan. Gaya badan dilihat mengambil ilham CBR1000RR-R terkini.

Trenkuasa dijana enjin 4-silinder 750cc DOHC penyejukan cecair, tetapi cuma andaian dan tidak pula didedahkan pereka Indonesia itu. Cuma ia pasti lebih berkuasa daripada CBR650RR. Walaupun cuma lakaran bayangan, kemungkinan untuk Honda menghasilkan model 750cc itu adalah tidak mustahil.

Related

7.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Deh Hasi, Honda, Honda CBR600RR, Honda CBR750RR, Imej Bayangan, Imej Komputer, Lakaran Bayangan, Lakaran Komputer, roda2

Comments

  1. Jan says

    June 27, 2020 at 2:53 PM

    Superbike middleweight kurang mendapat sambutan, sbb enjin yang kurang berkuasa berbanding 1000cc, tapi harga yang lebih kurang sama. Maintenance pun lebih kurang juga.

    Tak dinafikan mungkin middleweight lebih seronok ditunggang atas jalanraya sbb kita boleh guna power motor tu, kalau 1000cc selalunya x sempat tukar gear pun.

    Tapi harga kena murah. Kalau x, kurang berbaloi nak beli.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my