• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!

Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!

June 26, 2020 By Dee Leave a Comment

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NIAT asal nak 'meracun' mat saleh ni beli Volkswagen Tiguan, tapi akhirnya Abang Gan yang terpedaya dan dipaksa makan belut. Fuh.. untuk orang yang geli dengan belut, memang ngeri kalau itulah kali pertama memancing dan makan haiwan berbadan licin itu.

Baru-baru ini, Abang Gan dan Youtuber terkenal, Rhys William (alah... orang putih yang fasih cakap Melayu tu) berpeluang memandu Tiguan JOIN ke Kuala Selangor untuk mencari makanan eksotik.

Sepanjang perjalanan ke Kuala Selangor, Abang Gan sempat bercerita kepada Rhys tentang kelebihan dan keistimewaan Tiguan JOIN sampai mat saleh tu jatuh hati dan kena 'racun' untuk beli SUV serba mantap ini.

1. SUV JIMAT MINYAK

Antara perkara wajib yang setiap orang ingin tahu, mestilah penjimatan bahan api. Tiguan menawarkan penjimatan bahan api pada kadar 6.7 liter per 100km atau anggaran jarak perjalanan kira-kira 800km sebelum isian semula. Memang sangat jimat untuk sebuah jentera SUV bersaiz besar seperti Tiguan.

2. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Tidak dapat dinafikan, Volkswagen memang tidak pernah kompromi mengenai bab keselamatan. Tiguan hadir dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara (dua depan, dua sisi dan dua tirai), Perlindungan Pejalan Kaki Bonet Aktif (ABPP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABD) dengan Bantuan Brek (BA), pautan kerusi ISOFIX, sistem imobiliser, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC),  Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS), sistem brek multirempuhan, stereng kuasa elektromekanikal sensitif halaju, tali keledar kerusi belakang 3-poin, dan tali keledar depan 3-poin dengan prapenegang dan pelaras tinggi.

3. CUKAI JALAN MURAH

Selain penjimatan bahan api dan sistem keselamatan canggih, pemilik Tiguan memang beruntung kerana cukai jalan untuk kereta ini hanya RM70 setahun. Sebagai makluman, SUV ini dikuasakan enjin berkapasiti 1.4L TSI. Jadi, tidak hairanlah harga cukai jalan kereta semurah itu.

4. SEMUA BOLEH SETTLE SECARA ONLINE

Bagi ketenagan minda dan menjaga keselamatan pelanggan, Volkswagen kini menerima tempahan secara atas talian. Ini membolehkan pelanggan membuat tempahan secara atas talian menerusi Volkswagen e-showroom (tekan pautan ini untuk tengok) dan menikmati rebat tambahan bernilai RM4,000. Bukan itu saja, anda boleh memilih sama ada mahu mengambil kenderaan di bilik pameran atau Volkswagen juga akan *menghantarnya terus ke rumah.

* Dalam radius 20 km dari bilik pameran terpilih

5. KHIDMAT SELEPAS JUALAN KINI LEBIH SELAMAT

Semua pemilik Volkswagen juga dinasihatkan membuat tempahan servis secara atas talian menerusi laman web rasmi. Dalam memastikan keselamatan pelanggan, Volkswagen mengamalkan prosedur tanpa sentuhan yang mana semua proses dilakukan secara digital.

Tiguan JOIN ditawarkan pada harga RM172,108, iaitu harga baharu tanpa cukai jualan yang berkuat kuasa 15 Jun lalu hingga 31 Disember tahun ini. Semua Volkswagen dipakejkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun bersama bantuan jalan raya secara percuma. Bukan itu saja, Volkswagen juga bagi servis percuma selama tiga tahun.

6. TAK PAYAH BAYAR SELAMA ENAM BULAN

Jika anda menempah Tiguan sebelum 31 Julai 2020, Volkswagen menawarkan insentif ansuran enam bulan percuma. Ya, anda tak perlu bayar apa-apa bagi enam bulan pertama.

Nak tahu apa jadi kat Abang Gan yang kena paksa memancing dan makan belut? Jom kita layan video kat atas. Mohon jangan kecam. Harap badan saja besar, dengan belut pun takutkan. Hmmm... 🤭😅

Related

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harga Volkswagen Tiguan 2020, kereta jimat minyak, Pandu Uji BMW X1 sDrive 20i, Pandu Uji Volkswagen Tiguan, SUV jimat minyak, Volkswagen, Volkswagen E Showroom, Volkswagen Malaysia, volkswagen tiguan, Volkswagen Tiguan Highline, Volkswagen Tiguan Join

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev