KIA Rio EcoDynamic (2021) akan menjadi model pertama dilengkapi transmisi manual pintar (iMT) yang dihasilkan untuk enjin kenderaan hibrid-ringan (MHEV).
Sistem 'clutch-by-wire' itu dibina untuk menambah baik kecekapan bahan api dan mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2), serta pada masa sama cuba menghubungkan pemandu dengan ciri transmisi manual konvensional.
BACA >>> Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento
Berbanding sistem tradisional yang dipautkan secara mekanikal dan menggunakan tekanan hidraulik, klac iMT beroperasi secara elektronik penuh dan dipadankan selancarnya dengan trenkuasa hibrid ringan 48V. iMT bekerja dengan generator penghidup hibrid-ringan (mild-hybrid starter-generator, MHSG) untuk mematikan enjin lebih awal berbanding sistem mula-henti (start-stop) apabila berhenti.
BACA >>> Kia Picanto Facelift Spesifikasi Eropah Tawar Enjin 1.0L Turbo, NA dengan Transmisi AMT
Gear dipilih kekal terhubung walaupun enjin dimatikan, dan enjin dihidupkan semula dalam gear sama mengikut respon pemandu sama ada menekan pedal brek atau pedal minyak. Terima kasih kepada ledakan kuasa diberikan MHSG.
Transmisi akan menghidupkan semula enjin dalam neutral (dengan klac terbuka) jika pemandu menekan pedal klac untuk menukar gear, atau jika kelajuan kenderaan terlalu perlahan untuk gear yang sedang digunakan.
Menurut Kia, iMT akan menambah baik keseluruhan kecekapan bahan api dan mengurangkan CO2 sebanyak 3 peratus dalam kondisi masa sebenar.
Berikut cara klac iMT Kia bekerja:
- Jika kereta dalam gear ketika mula hendak bergerak, ia akan memperlahankan kenderaan.
- Apabila dalam gear, iMT akan menghantar isyarat elektronik kepada kotak gear dan MHSG untuk mematikan enjin dan membuka klac.
- Dengan enjin dimatikan, dan transmisi dinyahsambung dengan klac terbuka, ini membolehkan kereta terus bergerak dengan tenaga kinetik.
- Apabila pemandu menekan pedal minyak untuk memecut, atau menekal pedal klac untuk menukar gear, MHSG akan menghidupkan semula enjin dalam gear dipilih pemandu, atau dalam neutral (dengan klac terbuka).
- Kuasa elektrik daripada MHSG dan bateri 48V memberikan enjin dan transmisi dengan kelajuan tepat pada kadar segera.
- Jika kereta perlahan di bawah halaju tertentu, misalnya terlalu perlahan untuk posisi gear tertentu, enjin akan dihidupkan semula dengan bantuan daripada sistem hibrid-ringan, dan klac pula ditutup bagi mengelak membebankan enjin dalam gear tersebut.
Memang sukar membayangkan cara iMT bekerja tanpa persembahan visual. Namun Kia mendakwa sistem transmisi baharu itu akan mengekalkan operasi dan respon pemandu yang sama seperti transmisi manual konvensional. Teknologi baharu Kia itu pasti menjadi berita baik buat pemandu manual, terutama pengguna di Eropah yang masih seronok memandu kereta dengan gear manual.
Ini kerana setiap operasi gear masih memerlukan tindak balas pemandu seperti menekan pedal klac dan menukar gear, sama seperti transmisi manual biasa.
Model Kia dengan klac iMT akan diperkenalkan pada Kia Rio EcoDynamics+ (2020) yang dijangka lancar di Eropah pada penggal ketiga tahun ini dengan enjin hibrid ringan baharu jenis petrol 1.0L T-GDi. Sistem itu kemudian akan dipadankan dengan model Kia lain bersama barisan enjin baharu dan trenkuasa MHEV.
BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
GALERI
SUMBER: ZingNews.vn
Leave a Reply