• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara

#RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara

June 24, 2016 By Han Othman 1 Comment

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN John W Hetrick, pereka Jerman, Walter Linderer juga mempatenkan beg udara pada Oktober 1953 (lewat tiga bulan daripada Hetrick) bagi hasil rekacipta kusyen boleh kembung (inflatable) untuk melindungi pemandu dalam kemalangan.

Rekabentuk awal beg udara Hetrick dan Linderer menginspirasikan pereka-pereka lain dalam industri automotif untuk memberikan tumpuan kepada ciri keselamatan kereta. Pereka terkenal, Henry Ford dan General Motors misalnya mula melakukan eksperimen penahan boleh kembung (inflatable restraint), yakni beg udara pada lewat 1950-an.

Paten lukisan asal Walter Linderer

GM dengan pantas menemui beberapa cabaran yang dikaitkan dengan ciri keselamatan tersebut, iaitu ia mesti cepat dan tepat mengesan rempuhan sebelum mengembung dalam masa 40 milisaat atau kurang. Bagaimanapun, pengeluar berdepan pula dengan cabaran beg udara, iaitu kecederaan kedua disebabkan beg udara yang mengembung keluar.

BACA >>> #RetroAuto: Kemalangan Rintis Ilham John W Hetrick untuk Cipta Beg Udara Kereta

Pada 1967, Mercedes-Benz mula membangunkan beg udara untuk kenderaannya. Akhirnya, ada dua peristiwa penting yang mendorong pengeluar menumpukan usaha intensif dalam membangunkan beg udara, iaitu peningkatan jumlah kemalangan pada 1960-an dan undang-undang persekutuan baru yang mewajibkan sistem perlindungan penumpang automatik untuk setiap kereta di Amerika Syarikat (AS) pada 1969, lebih sedekad selepas ciptaan Hetrick.

Presiden AS ketika itu, Lyndon B Johnson dilaporkan berkata, "Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan automobil tidak selamat."

Lakaran beg udara perekan Jepun, Yasuzaburou Kobori pada 1964.
Lakaran beg udara pereka Jepun, Yasuzaburou Kobori pada 1964.

Sementera itu di Jepun, jurutera automotif yang juga ahli perniagaan, Yasuzaburou Kobori membangunkan sistem beg udara 'jaring keselamatan' pada 1964 dan diberikan hak paten di 14 negara. Ciptaannya itu hampir sama dengan beg udara moden hari ini, terdiri daripada beg udara sisi, siling dan belakang kerusi hadapan (rujuk gambar atas). Beliau meninggal dunia pada 1975 sebelum sempat melihat hasil rekaannya digunakan secara meluas.

SENSOR-REMPUH DITEMUI

Allen K Breed
Allen K Breed
Skema beg udara moden
Skema beg udara moden

Pada 1967, jurutera mekanikal dari New Jersey, AS, Allen K Breed mencipta peranti yang diingati sejarah sebagai kelahiran industri beg udara. Breed merekacipta sensor-rempuhan yang cuma berharga AS$5 (RM21). Teknologi sensor rempuhan ciptaan Breed itu diiktiraf sebagai sistem beg udara automotif elektromekanikal pertama dunia.

beg-udara

Peranan Breed dalam keselamatan automotif tidak terhenti di situ. Beliau membantu merekacipta lebih dua dozen hasil rekacipta, termasuk beg udara yang membebaskan udara ketika mengembung, iaitu mengempis sendiri. Rekacipta 1991 itu, dengan paten bernombor No. 5,071,161 direka untuk mengurangkan risiko kecederaan kedua dengan mengurangkan ketegaran beg yang mengembung.

BACA >>> #Videotomotif: Benarkah Kereta Ada Beg Udara Lebih Selamat?

Breed kemudian membuka syarikat sendiri dan menjadi pengeluar utama yang membekalkan sensor-rempuh dan modul-inflator (pengembung). Hari ini, syarikat beliau, Key Safety Systems masih kekal merekabentuk dan menghasilkan beg udara, tali keledar, roda stereng dan sistem keselamatan lain untuk kenderaan.

TARIKH PENTING

Beg udara Honda Gold Wing 2006
Beg udara Honda Gold Wing 2006

• 1973 - Oldsmobile Toronado menjadi kereta pertama dengan beg udara penumpang.
• 1974 - Buick, Cadillac dan Oldsmobile menawarkan dua beg udara sebagai opsyen bagi beberapa varian kereta saiz-penuh.
• 1980 - Mercedes-Benz memperkenalkan semula beg udara di Jerman sebagai opsyen pada model mewah, W126.
• Pertengah-1980-an - Ford dan Chrysler memperkenalkan beg udara pada kenderaan mereka.
• 1990 - Ford menjadikan beg udara sebagai ciri standard kenderaan mereka.
• 1990 - Kemalangan pertama direkodkan antara dua kenderaan yang menyaksikan beg udara diaplikasi untuk melindungi setiap pemandu berlaku pada 12 Mac 1990.
• 1995 - Volvo menawarkan beg udara sisi dan beg udara perlindungan sisi torso sebagai opsyen bagi model 850.
• 1998 - Kerajaan AS mewajibkan pemasangan dua beg udara hadapan ke atas semua kenderaan penumpang.
• 2006 - Honda memperkenalkan sistem beg udara pertama untuk motosikal American Honda Motor.

Related

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Allen K Breed, autotainment, beg udara, John W Hetrick, RetroAuto, sejarah automobil, sejarah beg udara, Walter Linderer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev