• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari Enzo (2003) dengan Odometer 2,011km Ini Dijual RM11.3j!

Ferrari Enzo (2003) dengan Odometer 2,011km Ini Dijual RM11.3j!

June 30, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR semua aspek kehidupan kita terjejas dengan penularan pandemik global Covid-19. Begitu juga impak ke atas mereka yang suka membeli dan mengumpul pelbagai jenis kereta.

Golongan peminat kereta dan pengurusan rumah lelongan menyesuaikan keadaan itu dengan memilih dunia digital sebagai kaedah baharu jual beli kenderaan. Memang ada beza membida menggunakan komputer riba kerana tidak perlu lagi mengangkat panel untuk saling berlawan harga, atau kedengaran ketukan tukul menandakan jualan sudah muktamad.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Ferrari Roma Kini di Malaysia, Harga Mula RM968k

2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-4
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-10
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-11
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-3

Satu acara lelongan atas talian anjuran RM Sotheby's pada Mei lalu mencipta rekod baharu dengan jualan Ferrari Enzo (2003) pada harga AS$2.64 juta (RM11.3 juta).

Bukan hanya kereta jenama Itali itu meraih nilai jualan tinggi, acara lelongan itu turut mencatatkan jumlah jualan kenderaan bernilai AS$16.4 juta (RM70.16 juta).

Model Enzo berusia 17 tahun itu pernah berada dalam pemilikan dua individu berbeza di California, Amerika Syarikat tetapi cuma dipandu kurang 2,011km. Ini menyebabkan nilai lelongan melonjak empat kali ganda tinggi berbanding harga asal AS$650,000 (RM2.78 juta).

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

Kereta warna rosso corsa klasik dan enjin V12 itu yang mampu meledakkan kuasa 651hp dan tork 657Nm ini dan lengkap dengan semua peralatan tulen, dokumen dan filem tingkap.

Selain Enzo (2003), berikut ialah senarai kereta jualan nilai tertinggi dalam acara sama:

  • 288 GTO (1985) - AS$2.3 juta (RM9.8 juta)
  • Ford GT (2017) - AS$836,000 (RM3.57 juta)
  • Ferrari 250 GT Coupe sentuhan Ellena (1958) - AS$671,000 (RM2.87 juta)
  • Ferrari 488 Pista Spider (2020) - AS$605,000 (RM2.59 juta)

Apapun tiada siapa tahu berapa lama rekod ini akan kekal, lebih-lebih lagi kerana rumah lelongan RM Sotheby’s dan Gooding & Company akan adakan lebih banyak lelongan online.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Ferrari 812 GTS V12 Spider Debut Asean di Malaysia, Harga RM1.53 Juta

GALERI
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-4
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-1
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-2
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-3
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-5
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-6
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-7
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-8
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-9
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-10
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-11
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-12
2003-Ferrari-Enzo-2.64-juta-lelong-13

SUMBER: RobbReport.com | RMSothebys

Related

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Ferrari 458 Italia, Ferrari Enzo (2003), Gooding & Company, kereta lelong, lelong, RM Sotheby's, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev