• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Perkenal Plat Nombor Hijau untuk Kenderaan Emisi Rendah September Ini

UK Perkenal Plat Nombor Hijau untuk Kenderaan Emisi Rendah September Ini

June 26, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Britain bakal memperkenalkan plat hijau untuk semua kenderaan emisi ultra rendah (ULE) bermula musim luruh ini, iaitu sekitar September tahun ini.

Langkah itu adalah inisiatif Kerajaan untuk membolehkan penduduk Britain melihat dan membezakan kenderaan yang memberi kesan kepada persekitaran.

Plat baharu itu juga memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti kereta atau motosikal elektrik untuk tujuan penjejakan Zon Emisi Ultra Rendah (ULEZ)  yang memerlukan kamera pengecaman plat nombor automatik (ANPR) standard diubah supaya dapat mengesan warna hijau pada plat.

BACA >>> #TahukahAnda: Kompaun Minimum RM300 Jika Nombor Plat Tidak Ikut Spesifikasi!

nombor-plat-hijau-uk-3
No Plat Hijau

Peliknya, plat baharu itu bukan perubahan mandatori kerana pengguna masih ada pilihan sama ada mahu pasang atau tidak. Ramai mempertikaikan jika pengguna diberikan pilihan untuk tidak menggunakan plat baharu itu, kenapa Kerajaan memperkenalkan rekaan plat baharu tersebut?

Walaupun dinamakan plat hijau, tetapi ia bukan dihijaukan keseluruhannya. Sebaliknya cuma sedikit tanda hijau pada penjuru kiri plat sahaja. Ada juga rekaan lain diambil kira, termasuk versi hijau penuh dan titik hijau kecil di kiri plat.

Konsultasi berlangsung dari 22 Oktober 2019 hingga 14 Januari 2020, dengan 1200 responden yang terdiri daripada 1134 individu dan 66 organisasi. Organisasi ini terdiri daripada pengeluar kenderaan dan kumpulan yang berminat, pelbagai kumpulan kenderaan dan pengguna, pihak berkuasa tempatan dan badan awam dan kumpulan industri plat nombor.

Konsultansi berjalan dari 22 Oktober 2019 hingga 14 Januari 2020 dengan 1,200 respons diserahkan yang terdiri daripada 1,134 individu dan 66 organisasi. Organisasi pula membabitkan pengeluar kenderaan dan kumpulan berkepentingan, kumpulan pengguna dan permotoran, pihak berkuasa tempatan dan badan awam, dan kumpulan industri plat nombor.

nombor-plat-hijau-uk-1
nombor-plat-hijau-uk-2

Setakat ini cuma ditunjukkan contoh plat baharu tersebut mengikut format kereta standard, dan belum ada contoh untuk plat nombor motosikal. Juga mudah membayangkan keseluruhan nombor plat dihijaukan seperti di atas. Kerajaan UK juga mengesahkan bahagian hijau dapat digunakan untuk mempamerkan bendera nasional dan tulisan.

BACA >>> Perkongsian Platform dalam Automotif, Bagus atau Buruk?

SUMBER: VisorDown

Related

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Nombor Pendaftaran Kenderaan Hijau, Nombor Plat Hijau, UK, Zon Emisi Ultra Rendah (ULEZ)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev