• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MB Peja Tukar Lexus ES Sebagai Kereta Rasmi, Camry Lama Serah Kepada ADUN

MB Peja Tukar Lexus ES Sebagai Kereta Rasmi, Camry Lama Serah Kepada ADUN

June 24, 2020 By Han Othman Leave a Comment

836
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menaik taraf kenderaan rasmi beliau daripada Toyota Camry kepada Lexus ES.

Sedan putih jenama mewah itu dikesan ketika beliau hadir dalam rangka lawatan ke SMK Methodist (P) dan SMJK Sam Tet bagi pembukaan semula sekolah itu, hari ini (Rabu, 24 Jun).

Bercakap kepada wartawan di SMJK Sam Tet dipetik TheStar, Faizal berkata, beliau menyerahkan Camry miliknya kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

"Kami dapat diskaun antara RM40,000 hingga RM50,000 untuk kereta 2019. Kereta ini asalnya berharga kira-kira RM300,000, dan kami dapatkannya kira-kira RM200,000.

"Kereta ini milik Kerajaan Negeri, kami masih mampu membelinya," katanya.

Kredit Foto: The Star
lexus-es-mb-perak-2
Kredit Foto: Oriental Daily
Kredit Foto: Berita HarianKredit Foto: Oriental Daily

Pada Mac tahun lalu, Perak di bawah Pakatan Harapan (PH) dilaporkan membeli 16 unit Camry untuk Ahli Dewan Undangan Negeri  dan pegawai Kerajaan.

Menurutnya. salah satu Camry sudah dijual kepada mantan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak,  Datuk Rohana Abd Malek yang bersara pada hujung Disember lalu.

"Beliau minta hendak beli. Beliau adalah Penasihat Undang-Undang paling lama, jadi kami luluskannya. Beliau masih perlu beli pada harga lebih RM100,000 yang masih lagi murah daripada harga kereta luar," katanya.

Faizal turut menyatakan yang Kerajaan Negeri juga merancang mahu menjual beberapa kenderaan yang tidak lagi digunakan,

"Kami buat tender terbuka untuk menjual beberapa kereta, termasuk beberapa Mercedes-Benz S Class," katanya.

SUMBER: TheStar

Related

836
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Rohana Abd Malek, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Kereta Rasmi MB Perak, Lexus, Lexus ES, YB Peja

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev