• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sumber: Indonesia Lancar Kawasaki ZX-25R Julai Depan, Harga RM31.7k?

Sumber: Indonesia Lancar Kawasaki ZX-25R Julai Depan, Harga RM31.7k?

June 24, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


INI berita terkini dan terhangat yang sekian lama dinantikan peminat motosikal sejagat raya, begitu juga Malaysia. Walaupun Indonesia salah satu negara yang sudahpun sah mendapat model berkenaan, tetapi pasaran tempatan masih samar-samar dan entah tahun bila akan dibawa masuk.

Kawasaki Ninja ZX-25R akan melakukan debut di Indonesia tetapi terpaksa ditangguhkan akibat krisis Covid-19. Terbaharu, negara jiran itu dikhabarkan bakal melancarkan model itu pada pertengahan Julai ini. Maklumat itu dilaporkan diterima daripada sumber dipercayai, iaitu orang dalaman Kawasaki.

BACA >>> #Spyshot: Kawasaki Ninja ZX-25R Warna Hitam Tanpa Slider, Adakah Varian Standard?

Bagaimanapun, sumber mendakwa majlis pelancaran tidak akan dilakukan besar-besaran bagi mematuhi peraturan penjarakan sosial disarankan Kerajaan.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada pelancaran itu akan dibuat secara atas talian atau hanya dihadiri wakil media dalam jumlah terhad. Selain majlis pelancaran, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) juga akan membuka tempahan sportbike suku liter 4-silinder tersebut.

Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_20
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_17
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_18
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_12
Kawasaki ZX-25R Tokyo Motor Show 2019_PanduLaju_13

Dalam perkembangan lain, salah satu portal automotif dari sana menerima kiriman pembaca yang mendakwa rakannya sudah mengunjungi wakil jualan Kawasaki untuk menempah Ninja ZX-25R. Berikut komen diberikan yang kami petik secara langsung:

Aku hantar teman ke wakil jualan Kawasaki Surapita Surabaya, awalnya cuma disuruh bayar pendahuluan Rp35 juta (RM10,590) tapi teman aku ingin membayar tunai lalu diberikan harga sebenar motor Rp105 juta, cuma belum tahu itu yang spec penuh atau tidak dong kerna ngak dikasi tahu, dealernya kata tunggu tanggalnya aja."

Adakah harga Rp105 juta (RM31,770) itu versi standard? Ada khabar angin awal menyatakan model aras mula berharga sekitar Rp95 juta (RM28,690). Jika benar model itu akan dilancarkan pada bulan depan, sama-sama kita nantikan.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Ngauman Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R dari Litar Sentul Indonesia!
BACA >>> Kawasaki NZ Buka Tempahan Ninja ZX-25R, Harga RM44k, Mahal daripada Ninja 650

SUMBER: TMCBlog|IwanBanaran

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Indonesia, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki Motors Indonesia (KMI), Kawasaki Ninja ZX-25R, KMI, roda2, sportbike

Comments

  1. Jan says

    June 26, 2020 at 11:24 AM

    bila masuk malaysia, mungkin dekat 40k? wahhhhhhhh

    Beli ninja 400 jelah haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev