• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Suzuki GSX-R1000 No Limits dengan Kit Badan Gentian Karbon Penuh

#BikinMotor: Suzuki GSX-R1000 No Limits dengan Kit Badan Gentian Karbon Penuh

June 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENALA motosikal Switzerland menampilkan idea agresif untuk Suzuki GSX-R1000 No Limits dengan menyalut superbike itu dengan gentian karbon penuh.

Motosikal itu diusahakan jurufoto motosikal dari Switzerland, yang juga pelumba 'track day' Raptik, dengan mendapat kerjasama syarikat talaan motosikal No Limit Tuning.

BACA >>> Suzuki GSX-R125 Buatan Indonesia Lancar di Jepun

Proses pembikinan tidak melibatkan perbelanjaan besar atau masa yang lama. Rekabentuk badan GSX-R1000 yang anggun itu digantikan dengan bahan kemasan gentian karbon. Rim tuang turut ditanggalkan dan digantikan dengan rim lebih ringan dan kuat daripada ThyssenKrupp.

Perubahan keseluruhan jentera 'track day' ini menawarkan berat badan jauh lebih ringan, 175kg dengan pengurangan 25kg daripada berat jentera asal.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

Sebenarnya GSX-R1000 karbon penuh sentuhan No Limit Tuning ini bukanlah yang pertama. Dua tahun lalu, Suzuki Itali mendedahkan GSX-R1000R Ryuyo (foto atas) edisi terhad sebanyak 20 unit sahaja pada harga €30,000 (RM144,400).

Model itu dilengkapi juga komponen karbon dan tambahan komponen lumba Yoshimura dengan berat 168kg dan output kuasa 212bhp.

Namun, hasil kerja Raptik belum selesai sepenuhnya, kerana pakar kustom itu masih belum memadankan superbike itu dengan sproket Ceracarbon, ventilator inlet karbon, dan rantai pacu 520 yang semuanya akan menyumbang kepada pengurangan berat badan lebih ringan.

BACA >>> Suzuki GSX-R1000R Ryuyo - Superbike Edisi Khas Sempena Nama Trek Ujian, 20 Unit Sahaja

Berikut senarai komponen Suzuki GSX-R1000 No Limits:

  • Akrapovic dengan sistem lengkap Evolution
  • Penapis udara BMC Racing
  • Brek cakera belakang lumba
  • Fairing karbon (tepi, depan, bow, stern)
  • Pelindung frem karbon
  • Saluran terowong udara karbon
  • Pelindung swingarm karbon
  • Penutup minyak karbon
  • Pelindung roda depan karbon
  • Tayar Dunlop KR
  • Bateri litium
  • Clip-on LighTech
  • Brek silinder Magura HC3
  • Frem belakang Motoholders Alu Racing
  • Pelindung tuil brek karbon NL-Tuning
  • Damper stereng Öhlins
  • Pelindung gandar Puig (depan/belakang)
  • Grip lumba Puig
  • Gad rantai dan penutup roda belakang Puig
  • Penutup enjin Puig
  • Palam pencucuh filler minyak Puig
  • Injap lumba Puig
GALERI
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-4
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-13
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-1
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-12
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-10
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-2
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-3
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-11
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-5
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-15
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-6
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-7
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-8
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-16
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-9
suzuki-gsx-r1000-carbon-track-day-bike-14

SUMBER: VisorDown

Related

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: GSX-R1000R Ryuyo, No Limit Tuning, roda2, superbike, Suzuki, Suzuki GSX-R1000, Suzuki GSX-R1000 Gentian Karbon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev