APABILA berentap dari segi jualan motosikal, Suzuki kerap berada di belakang Honda dan Yamaha. Namun, siapa sangka di tengah krisis Covid-19, Suzuki dapat mengalahkan dua gergasi motosikal tersebut.
Rekod jualan Suzuki itu dilakukan di Indonesia. Walaupun berlaku penurunan jualan hingga 99.7 peratus berbanding April akibat pandemik Covid-19, Suzuki mendahului dengan rekod 564 unit, sekali gus mengungguli carta jualan motosikal di negara jiran itu sepanjang Mei lalu.
BACA >>> Imej Paten Enjin Suzuki 250cc Didedahkan, Adakah GSX-R250?
Honda menyusul ditempat kedua dengan 443 unit. Angka tersebut jauh berbeza dengan jualan sebelum pandemik dengan rekod lebih 400,000 unit sebulan.
Jualan ketiga tertinggi sepanjang Mei lalu diikuti Kawasaki sebanyak 398 unit, dan dianggap rekod mengagumkan kerana siapa sangka jenama itu masih mampu mencatatkan jualan memberangsangkan walaupun tanpa produk skuter seperti pesaing Jepun lain.
Di belakang Kawasaki diikuti rapat Yamaha dan TVS, iaitu jenama motosikal dari India yang hanya menjual tiga unit sahaja sepanjang bulan lalu berbanding enam unit pada April.
Data terbaharu itu dikeluarkan Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI) yang mencatatkan angka jualan paling rendah dalam industri sejarah industrik motosikal di Indonesia.
Sama seperti Malaysia, Kerajaan Indonesia turut melonggarkan peraturan kawalan pergerakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dalam usaha memulihkan ekonomi dalam negara bermula Jun ini.
BACA>>>Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR
SUMBER: IwanBanaran
Leave a Reply