• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento

Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento

June 23, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Motors Corporation baru saja mendedahkan imej bayangan awal Carnival generasi keempat.

Ada merasakan Carnival baru saja muncul di pasaran, tetapi faktanya kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sudah ada sejak 2014.  Bagaimanapun di Malaysia, MPV itu sudah melangkau satu generasi yang mana model pengganti diperkenalkan pada 2017 dengan dikemas kini konfigurasi tempat duduk 11-kerusi.

BACA >>> Kia Grand Carnival Facelift Lancar di Malaysia, Harga RM179k

Carnival adalah alternatif terbaik kepada golongan berkeluarga dan berada dalam segmen sama dengan Honda Odyssey dan Toyota Sienna pasaran Amerika Syarikat (AS). Tidak hairanlah rekabentuk MPV itu direka lonjong dan rendah berbanding Toyota Vellfire dan Alphard. Di AS, Carnival dijenamakan sebagai Sedona.

Model yang ditayangkan ini pula adalah Carnival versi Korea yang jelas membawa identiti baharu Kia menerusi rekabentuk bersegi ala Seltos dan Sorento baharu.

Carnival ini juga masih kekal berpaksikan legasi terdahulu dalam saiz badan sederhana yang berjaya melariskan model ini dengan lebih dua juta unit terjual sejak dilancarkan pada 1998. Sebenarnya rekabentuk begini jelas menepati cita rasa pasaran global dari AS ke Malaysia.

Menurut Kia, MPV ini membawa pengaruh rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) yang digelar pereka Kia sebagai Kenderaan Utiliti Besar (Grand Utility Vehicle, GAV).

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

Melihat foto acah Carnival baharu di atas, lampu depan menggunakan elemen teknologi tinggi yang bersambung dengan gril 'hidung harimau' sebagai identiti ikonik jenama itu. Pereka Kia menamakan kombinasi itu sebagai 'arkitektur simfonik'. Dari sisi, kelihat garis badan atas gerbang roda yang bersambung dari lampu depan hingga ke belakang.

Secara keseluruhan, rekabentuk Carnival ini tidak tampil dramatik dengan garis badan atau permukaan agresif. Sama seperti Seltos dan Sorento baharu, rekabentuk MPV ini nampak bersegi dengan penampilan segak dan maskulin menerusi kadar badan dan perincian yang tepat.

Rekabentuk begini dikatakan bersifat malar segar dan generik serta terbuka untuk dijadikan model dipertingkat (facelift) yang ringkas dan relevan pada masa akan datang. Carnival generasi keempat dijadualkan memasuki pasaran Korea terlebih dahulu pada suku keempat tahun ini sebelum menyusul pasaran global lain.

BACA >>> Kia Rio (2021) Facelift Kini Ada Enjin 1.0L Turbo dengan Hibrid Ringan (MHEV)

KIA CARNIVAL VERSI PASARAN MALAYSIA
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
WKia Grand Carnival 2.2L Diesel
WKia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel
Kia Grand Carnival 2.2L Diesel

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Acah, Foto Lakaran, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kia, Kia Carnival, Kia Carnival Generasi Keempat, Kia Motors Cocporation, Kia Seltos, kia sorento, MPV, teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev