• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ibu Keluar Hendak Ambil Anak di Belakang, Boleh Pula Pintu Terkunci Sendiri

Ibu Keluar Hendak Ambil Anak di Belakang, Boleh Pula Pintu Terkunci Sendiri

June 19, 2020 By Han Othman Leave a Comment

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI kes kanak-kanak terkunci dalam kereta dilaporkan Johor. Kes terbaharu ini membabitkan seorang ibu di ruang parkir pusat beli-belah Kluang Mall dekat Kluang apabila anak perempuannya yang berusia dua tahun terperangkap dalam kereta.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd Bani berkata, insiden berlaku pada jam 12.39 tengah hari semalam ketika wanita berusia 20-an itu keluar dari kereta untuk mengambil anaknya di kerusi keselamatan kanak-kanak di belakang.

Bagaimanapun, pintu kereta terkunci sendiri sebaik saja dia keluar. Pengawal keselamatan di situ juga cuba membantu kira-kira 20 minit, tetapi masih gagal sebelum pihak bomba dihubungi untuk mendapatkan bantuan.

Azmi berkata, seramai 10 anggota dengan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan sebuah Motosikal Gerak Cepat dikejarkan ke lokasi kejadian, sebaik saja menerima panggilan kecemasan daripada wanita berkenaan.

Pihak bomba berjaya membuka pintu berkenaan tiga minit kemudian dengan menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kanak-kanak itu dalam keadaan selamat.

BACA >>> Ayah Masuk Rumah Sekejap, Tapi Anak 3 Tahun Sudah Terkunci Sendiri dalam Kereta
BACA >>> Banduan Curi Kereta Bantu Keluarkan Bayi Terperangkap dalam Kereta


KOMEN KAMI

Kes di atas agak pelik sebenarnya. Persoalannya, bagaimanakah kanak-kanak itu tiba-tiba boleh terperangkap dalam kereta? Ke mana hilang kunci kereta?

Kalau kunci tertinggal di dalam kereta, bagaimananakah boleh jadi begitu? Sepatutnya kanak-kanak itu tidak akan terperangkap dalam kereta kalau si ibu terus mematikan enjin dan cabut keluar kunci sebelum keluar kereta untuk mengambil anaknya.

Rasanya sudah banyak kali kami ingatkan tentang insiden kanak-kanak terperangkap atau ditinggalkan dalam kereta seperti ini. Nasihat kami, sila pastikan anda tidak meninggalkan anak dalam kereta, terutama yang berusia 8 tahun ke bawah, walaupun keluar cuma sekejap (misalnya seperti hendak ke kedai, ATM, bayar petrol atau pam angin tayar).

Silakan bawa mereka keluar bersama. Ataupun, tangguhkan dulu aktiviti tersebut yang memerlukan anda meninggal anak dalam kereta.

SUMBER: Bernama

Related

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balai Bomba dan Penyelamat, bomba, Ibu Tertinggal Anak, Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta, Kluang Mall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev