MAHU dapatkan Subaru Forester versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga lebih murah? Motor Image Malaysia kini menawarkan Subaru Forester pada harga RM119,800, iaitu RM20,000 lebih murah berbanding biasa.
Walau bagaimana, harga promosi itu hanya sah bagi unit pameran di bilik pameran mahupun unit digunakan sepanjang berlangsung acara jelajah karnival Subaru. Unit adalah terhad.
Untuk makluman juga, kesemua model ini adalah baharu dan masih belum didaftarkan. Ia juga didatangkan dengan jaminan selama lima tahun.
BACA>>> Subaru Forester Facelift Versi CKD – Harga Bermula RM139,800
PRESTASI SUBARU FORESTER:
Subaru Forester dijana ‘jantung’ Boxer 2.0L DOHC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 148hp pada 6,200rpm dan tork puncak 198Nm (4,200rpm).
Ia dipadankan dengan kotak gear Lineartronic CVT bersama pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD).
Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Subaru berdekatan.
Leave a Reply