• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan X-Trail (2021) Didedahkan, Pencabar CR-V Kini Lebih Sporty, Teknologi Tinggi

Nissan X-Trail (2021) Didedahkan, Pencabar CR-V Kini Lebih Sporty, Teknologi Tinggi

June 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

628
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN USA melancarkan X-Trail seba baharu (dipanggil Rogue di Amerika Syarikat) yang  menampilkan gabungan rekabentuk Nissan dan Mitsubishi dengan imej lebih maskulin.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu masih mengekal gril V-Motion sebagai rekaan signatur Nissan. Lampu utama LED kini lebih tirus yang mirip mode Mitsubishi Xpander, ataupun Livina dengan lampu siang terpisah.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

Rekabentuk fender yang bersambung dengan skirt sisi daripada plastik meningkatkan karakter SUV lasak. X-Trail (2021) serba baharu ini juga lebih kompak dan sporty berbanding generasi terdahulu dengan dimensi lebih pendek 43.2mm, termasuklah jarak roda lebih pendek 2.54mm. Jadi, SUV ini kini lebih tajam dan lincah di selekoh.

BACA >>> #PanduUji: Nissan X-Trail (2019) - 2.0L 2WD Hybrid vs 2.5L 4WD, Mana Satu Jadi Pilihan?

Ruang kabin juga lebih luas dengan tambahan 152mm untuk ruang kaki kerusi penumpang dan 18mm ruang kepala. SUV ini dibangunkan berasaskan platform CMF-C/D di bawah pembangunan bersama pakatan Nissan-Mitsubishi-Renault.

Ciri kabin ciri juga agak mewah dengan kemasan kulit paten berlian pada kerusi dan unit infotainment 7 inci, dan 9 inci untuk varian premium. Juga siap disediakan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

X-Trail (2021) serba baharu ini juga dilengkapkan teknologi bantuan pemandu ProPILOT Assist dengan Navi-link yang menggunakan sensor radar dan kamera untuk pemanduan lebih relaks dan selamat.

Teknologi lain yang diberikan ialah Nissan Safety Shield 360, yang menjadikan X-Trail (2021) sebagai model Nissan terkini yang menawarkan sistem tersebut untuk semua varian. Antara ciri dibekalkan ialah:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengensan Pejalan Kaki
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Brek Automatik Belakang (RAB)
  • 10 beg udara
  • Tambahan zon remuk untuk ekstra perlindungan

Tambahan kepasa Nissan Safety Shield 360 ialah teknologi Amaran Pemandu Pintar (IDA) dan Amaran Pintu Belakang (RDA), juga standard untuk semua varian, termasuk Intervensi Titik Buta (BSI) dan Pengecaman Tanda Trafik (TSR), manakala Kawalan Jelajah Pintar (ICC) sebahagian daripada sistem ProPILOT Assist.

Bagi pasaran AS, Nissan menawarkan infotainment 12.3 inci, termasuk palam USB-A dan USB-C, sistem audio Bose dengan 10 pembesar suara, bumbung panorama, pintu but elektrik hingga 90º, pengecas Qi, rim 19 inci, 10 beg udara dan lain-lain.

X-Trail (2021) serba baharu mempertaruhkan enjin 2.5L 4-silinder dengan kuasa 181hp dan tork 245Nm dengan transmisi CVT.

BACA >>> 16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k

GALERI
Nissan X-Trail (2021)_5
Nissan X-Trail (2021)_3
nissan-xtrail-2021-2
nissan-xtrail-2021-8
nissan-xtrail-2021-9
nissan-xtrail-2021-7
nissan-xtrail-2021-3
Nissan X-Trail (2021)_4
Nissan X-Trail (2021)_2
nissan-xtrail-2021-6
nissan-xtrail-2021-1
Nissan X-Trail (2021)_1
Nissan X-Trail (2021)_3
Nissan X-Trail (2021)_5
nissan-xtrail-2021-4
Nissan X-Trail (2021)_1
Nissan X-Trail (2021)_7
nissan-xtrail-2021-5
Nissan X-Trail (2021)_2
Nissan X-Trail (2021)_4
Nissan X-Trail (2021)_6

Related

628
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan ProPILOT, Nissan Safety Shield 360, Nissan USA, Nissan X-Trail, Roda4, SUV, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev