• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa Sangka Yamaha 125Z Kuning Ini Boleh Dijual Hingga RM24k di Indonesia!

Siapa Sangka Yamaha 125Z Kuning Ini Boleh Dijual Hingga RM24k di Indonesia!

June 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

21.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS membaca artikel ini, pemilik Yamaha 125Z di Malaysia mungkin boleh berkira-kira mahu menjual kapcai itu kepada peminat motosikal Indonesia.

Bagi sebuah model yang tidak pernah dibawa masuk ke negara jiran seberang, memang tiada siapa dapat menyangka kapcai tersebut mampu dijual semahal Rp80 juta (RM24,150). Harga tersebut sebaris sportbike 250cc dan jauh lebih mahal daripada harga asal di Malaysia sekitar RM8,000 saja. Untung dua kali ganda gais!

BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal

Yamaha Y15ZR_1
Yamaha Y15ZR_2
Yamaha Y15ZR_3

Menurut portal blogger Iwan Banaran, 125Z dengan kod E 5059 G itu dibeli seorang peminat dari Jogjakarta dengan bayaran pendahuluan Rp20 juta (RM6,090).

Selain RX-Z edisi Boss, 125Z kuning perak keluaran tahun 1990 itu juga antara motosikal barangan koleksi yang menjadi buruan peminat motosikal di Malaysia. Ini bermakna kehadiran kapcai itu dengan harga super mahal di Indonesia juga sebagai barangan koleksi dalam kalangan peminat di sana.

BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

Spesifikasi 125Z dijana enjin 2-lejang 124.3cc berkuasa 17.1hp @ 8,000rpm dan tork 16.1Nm @ 7,500rpm. Antara ciri moden diperkenalkan model ini ketika melakukan debut adalah ekzos penukar bermangkin (catalytic converter), klac manual 6-kelajuan dan brek cakera depan dan belakang.

Dengan berat cuma 101kg dan nisbah berat 0.172hp/kg, ledakan kuasa kapcai ini mampu mengungguli Yamaha R15 baharu sekitar 0.141hp/kg. Jadi memang tidak hairan motosikal ini mampu dijual hingga Rp80 juta di Jogjakarta, dan menjadi raja kapcai Malaysia.

BACA >>> Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar

Yamaha 125ZR MotoGP edisi terhad
Yamaha 125ZR MotoGP edisi terhad

Jika varian biasa pun sudah boleh dijual hingga RM24,000 di Indonesia, berapakah pula agaknya 125ZR edisi MotoGP yang dikeluarkan dalam jumlah terhad? Di Malaysia, Y125ZR MotoGP mampu dijual pada harga setinggi RM16,000.

Siapa cakap beli motosikal adalah pelaburan susut nilai? Tidak mustahil 125Z ini pun mampu menjadi sehangat RX-Z yang mampu dijual hingga RM70,000! Jadi simpan dulu motosikal anda, dan tunggulah 5 hingga 10 tahun akan datang.

BACA >>> Yamaha 125ZR MotoGP Edisi Terhad - Siap Ada Nombor Siri Beb !!!

SUMBER: IwanBanaran

Related

21.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Barangan Koleksi, Collectors Item, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai, Moped, roda2, Yamaha, yamaha 125z, Yamaha 125ZR, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev