NAZA Automotive Group mengumumkan senarai harga baharu kenderaannya tanpa cukai jualan untuk jenama Kia, Peugeot, Citroen dan DS berkuat kuasa 15 Jun.
Harga baharu itu adalah susulan insentif diberikan Kerajaan kepada industri automotif tempatan seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pasca krisis Covid-19 menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan berkata, langkah Kerajaan memacu pasaran automotif menerusi pengecualian cukai jualan adalah inisiatif yang baik dan tepat pada masa.
Menurutnya, pengecualian cukai jualan bukan saja menawarkan penjimatan kepada pelanggan, tetapi membantu pemain automotif bangkit semula daripada pandemik Covid-19.
"Saya yakin ini akan meningkatkan kemampuan pelanggan dan penerimaan produk. Naza Automotive Group akan terus memberikan yang terbaik dalam penentuan harga dan kepuasan pelanggan. Dengan pelbagai ciri dan rekabentuk kemajuan teknologi, kami yakin Kia, Peugeot, Citroen dan DS tersedia untuk setiap jenis pelanggan," katanya.
BACA >>> Teknologi BVM Kia Sorento Papar Pandangan Titik Buta Pada Panel Meter
BACA >>> Peugeot 208 (2019) Serba Baharu yang Tampil Garang dan Montok dengan Cakar Singa
Leave a Reply