PERBANDINGAN ini dipetik daripada portal permotoran Indonesia yang cuba membandingkan perbezaan teknikal antara Kawasaki Ninja ZX-25R dan Honda CBR250RR (2020) yang kedua-duanya dipasangkan ekzos Akrapovic dan diuji menggunakan sistem dyno sama, iaitu SuperFlow WinDyn V.
Atas kertas, CBR250RR dijana enjin dwi silinder 249cc dengan kuasa on-crank 38.7hp @ 12,500rpm dan tork 23.3Nm @ 11,000rpm. Sebalik data diperoleh daripada ujian dyno dilakukan Akrapovic menunjukkan CBR250RR memiliki angka kuasa on-wheel 35.1hp @ 12,850rpm dan tork 21.7Nm @ 10,300rpm (tidak diketahui mod digunakan).
Sementara itu, walaupun Ninja ZX-25R masih belum diketahui spesifikasi mekanikal kerana belum dilancarkan, tetapi data daripada mesin dyno Akrapovic menunjukkan kuasa on-wheel sportbike Kawasaki itu ialah 42hp @ 15,350rpm dan tork 20.8Nm @ 12,700rpm (tidak diketahui mod digunakan).
BACA >>> Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?
NINJA ZX-25R LEBIH BERKUASA?
Berdasarkan data dikongsikan itu, kuasa maksimum on-wheel Ninja ZX-25R adalah lebih tinggi sekitar 6.9hp berbanding CBR250RR. Sebaliknya, tork maksimum Ninja ZX-25R lebih kecil 0.9Nm daripada CBR250RR.
Lihat perbandingan graf ZX-25R dan CBR 250RR di bawah:
Berdasarkan graf di atas pada awal keluk kuasa, daya kilas CBR250RR mampu mencecah hingga putaran 12,000rpm. Bermula 12,000rpm hingga takah 12,850rpm, kuasa on-wheel sportbike Honda itu mula goyah dan merosot kerana sudah mencapai had maksimum.
Namun, selepas itu giliran keluk kuasa Ninja ZX-25R pula menginjak naik hingga putaran enjin 15,350rpm pada angka kuasa 42hp.
BACA >>> Honda Tambah Kuasa CBR250RR Facelift, Persediaan Hadapi Kawasaki ZX-25R
Mengenai ujian tork, CBR250RR mencatatkan daya kilas on-wheel 0.9Nm lebih tinggi yang dicapai pada rev lebih rendah. Ini adalah karakter motosikal bersesaran sama, tetapi dengan tambahan bilangan konfigurasi silinder, semestinya ZX25R adalah juara.
BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?
SUMBER: TMCBlog
Jan says
ZX25R dapat 42hp di tayar belakang, dan harga dijangkakan lebih Rm30k, manakala Ninja 400 dapat 45hp di tayar belakang pada harga yg lebih kurang sama. Tork sudah pasti lebih sebab CC lebih besar.
Dari segi performance dan harga, ninja 400 lebih berbaloi.
Tapi, kalau nak produk premium dan bunyi inline 4, sudah pasti ZX25R lebih unggul.