PENYEDIA perkhidmatan motosikal e-hailing, Gojek Indonesia kini sedang menguji penggunaan panel pengadang yang perlu digalas penunggang yang menjalankan perkhidmatan teksi motosikal dalam usaha mencegah penularan Covid-19 di negara itu.
Inovasi panel pengadang itu adalah inisiatif baharu Gojek Indonesia untuk mengelak jangkitan wabak selain mewajibkan pemakaian pelitup muka dan helmet.
Ketua Polisi Awam dan Perhubungan Kerajaan Gojek, Shinto Nugroho berkata, apa dilakukan adalah sokongan Gojek kepada Kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mengutamakan kesihatan dan kebersihan sepanjang penguatkuasaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).
Selepas ujian itu, kami akan meneruskan maklum balas daripada penunggang atau penumpang hingga ada pelaksanaan mengikut standard. Inisiatif seperti ini akan membuatkan orang ramai rasa selamat untuk menggunakan GoRide ketika pandemik.
"Pengadang GoRide akan dilaksanakan dalam masa dekat secara berperingkat di bandar-bandar operasi utama di Indonesia," katanya.
BACA >>> #SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?
BACA >>> #Videotomotif: Penunggang, Pembonceng GrabBike Berdekah Ketawa Kerana Wajah Sama
SUMBER: NaikMotor
Leave a Reply