• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota, Maybank Islamic Tawar Pelan Pinjaman Graduan Beli Vios, Yaris dan Avanza

UMW Toyota, Maybank Islamic Tawar Pelan Pinjaman Graduan Beli Vios, Yaris dan Avanza

June 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

368
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor bersama Maybank Islamic Berhad menawarkan pelan kewangan istimewa kepada graduan yang berminat membeli model Toyota Vios, Yaris atau Avanza baharu.

Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-i (MVTF-i) menurut prinsipal Murabahah itu akan memberikan pilihan pembiayaan tambahan kepada graduan selain Pembiayaan Sewa Beli Islam mengikut Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).

Bagaimanapun, pakej pembiayaan tersebut hanya ditawarkan kepada pembeli di Semenanjung Malaysia sahaja.

Pembiayaan Murabahah adalah prinsip pembiayaan Islam yang mana jumlah gabungan dibiayai hingga 100 peratus dengan sumbangan takaful daripada gabungan Takaful dan kos lain (kos guaman, duti setem, dan lain-lain).

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, UMW Toyota sentiasa bekerjasama dengan rakan niaga untuk memudahkan pelanggan memiliki kenderaan Toyota dengan cara mudah. Dengan pakej kewangan baharu tersebut, graduan kini dapat memiliki Vios, Yaris dan Avanza baharu dengan wang pendahuluan lebih mampu milik.

Sokongan ditawarkan itu juga menjadikan pengalaman pemilikan lebih dinikmati untuk beberapa tahun akan datang. Pembiayaan itu, ditawarkan kepada graduan ijazah berumur antara 21 dan 30 tahun yang sudah bekerja sekurang-kurangnya enam bulan dengan gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Jika graduan bekerja kurang enam bulan dan gaji di bawah RM3000, jaminan perlukan ibu bapa diperlukan sebagai penjamin. Bagi ketenangan minda, pembeli ditawarkan pakej waranti  lima tahun tanpa had perbatuan. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web Toyota Malaysia. 

BACA >>> Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?
BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

Related

368
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB), autoterkini, Maybank Islamic Berhad, Pembiayaan Ansuran Maybank, Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-i (MVTF-i), rancang kewangan, Toyota, Toyota Avanza, Toyota Vios, Toyota Yaris, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev