• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aleix Espargaro Sambung Kontrak dengan Aprilia Dua Musim Lagi, Sampai 2022

Aleix Espargaro Sambung Kontrak dengan Aprilia Dua Musim Lagi, Sampai 2022

June 11, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ALEIX Espargaro akan meneruskan perjuangan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP bersama Aprilia untuk dua musim lagi (2021-2022) selepas memperbaharui perjanjian dengan pasukan itu.

Kontrak Aleix bersama Aprilia akan berakhir musim ini yang menjadikan tempoh masa beliau bersama pasukan pengilang itu, di bawah nama Aprilia Racing Team Gresini sudah empat tahun.

Khidmat Aleix diteruskan selepas mengambil kira jentera baharu Aprilia RS-GP dengan enjin V4 90º yang masih belum diuji sepenuhnya berikutan krisis wabak Covid-19. Malah, Aleix pernah mengatakan kualiti jentera baharu Aprilia dan ditambah prestasi semasa dirinya mampu membawa pasukan itu mencabar podium musim ini.

BACA >>> Aprilia RS 250 SP - Jentera Trek Khas untuk Pelumba Muda

aleix-espargaro-aprilia-2017-1
aleix-espargaro-aprilia

Aliex berkata;

Aku gembira dengan berita ini dan selama empat musim Aprilia sudah jadi keluarga kedua aku. Sambungan kontrak ini paling penting buat karier aku dan menunjukkan aku orang penting untuk projek ini.

"Pada tahap teknikal, perkembangan beberapa bulan terakhir adalah meyakinkan dengan kehadiran banyak bantuan dan kejayaan RS-GP 2020 yang beraksi bagus dalam ujian. Aku rasa kami perlu selesaikan tugas yang kami mulakan pada musim sejuk lalu. Tak sabar untuk kembali bersama seluruh pasukan dan berlumba dengan motor baru."

HARAPAN APRILIA PADA ALEIX

Walaupun Aprilia mengalami masalah pada musim sejuk lalu apabila pelumbanya, Andrea Iannone digantung akibat penyalahgunaan dadah, tetapi kehadiran Aleix masih mampu memberikan kesinambungan yang sangat diperlukan kepada pasukan yang berpangkalan di Faenza, Itali itu.

Menurut kenyataan Aprilia pula;

Dengan dia (Aleix), yang kami putuskan sebagai kapten, kami sudah memulakan projek yang sama sekali baru, melibatkan sumber-sumber baru dan  menghasilkan jentera terbaik litar. Sekarang kamiharap dia dapat bawa nama Aprilia ke puncak yang belum pernah ada dalam sejarah MotoGP."

Selepas meraih gelaran ketiga dalam Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK), Aprilia kembali ke trek MotoGP sepenuh masa pada 2015 dengan keputusan terbaik di tempat keenam daripada lima musim perlumbaan.

Berita baiknya, Aleix, yang bergabung dari Suzuki, dilihat memiliki potensi mengangkat nama Aprilia apabila kerap mengalahkan rakan pelumba seperti Sam Lowes, Scott Redding dan Iannone antara 2017 dan 2019.

BACA >>> Aleix Espargaro: Zarco Tak Layak Masuk Honda!
BACA >>> #Spyshot: Aprilia Terra 250 Akan Lancar di China

SUMBER: VisorDown

Related

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aleix Espargaro, Andrea Iannone, Aprilia, Aprilia MotoGP, Aprilia Racing Team Gresini, Aprilia RS-GP, Auto Terkini, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP, roda2, RS-GP 2020, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev