• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP

Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP

June 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VALENTINO Rossi memberikan pujian kepada juara Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) Jonathan Rea kerana memiliki gaya tunggangan yang cantik dan mampu menjadi pelumba kompetitif dalam MotoGP.

Dengan lima kali kejuaraan dalam WorldSBK dengan dominasi yang dilihat seperti tidak mampu dicabar pelumba lain, ramai membayangkan aksi Rea berentap sepenuh masa dalam MotoGP.

Rea kini mendapat sokongan Rossi yang percaya dia, termasuk  seorang lagi rakan pelumba, Toprak Razgatlioglu mampu beraksi baik dalam MotoGP.

BACA >>> Kalendar MotoGP 2020 Didedahkan, Aksi Mula di Sepanyol 19 Julai Ini

Rea menyertai WorldSBK bersama Honda pada 2009 selama enam musim sebelum berhijrah ke Kawasaki Racing Team (KRT) pada 2015 yang membolehkan dia menerokai potensi diri sepenuhnya. Sejak itu, pelumba Ireland tersebut menjadi pelumba WorldSBK paling berjaya dalam sejarah dengan merangkul lima kejuaraan, dan 89 kemenangan.

Rea bukan tidak berminat, tetapi mendedahkan yang dia tidak pernah mendapat tawaran meyakinkan daripada pasukan elit MotoGP. Setakat ini hanya pasukan pengilang dan satelit Aprilia saja yang pernah merisik khidmatnya. Malah Rea tanpa berselindung mengakui berminat bersaing dalam kelas premier MotoGP.

BACA >>> Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez

valentino-rossi-1
AGV-Pista-GP-R-Back-to-the-Misano-Rossi-6

Terbaharu, Rossi sendiri mengakui kehebatan Rea dan berpendapat gaya tunggangan Rea cukup sesuai dengan aksi MotoGP.

"Aku selalu ikut Superbike (WorldSBK) dan memang suka race tu. Itu kejuaraan dengan persaingan tak pernah gagal, dengan pelumba hebat dan ada beberapa kawan aku kat sana.

"Di Australia, race kerap berlaku dalam berkumpulan dan sangat cantik, dan aksi itu tak pernah gagal. Aku betul-betul sukakan Rea, terutama gaya ride dia yang bantik. Aku rasa dia boleh jadi laju walaupun ride motor MotoGP," katanya dalam temu bual dengan stesen LaLiga SportsTV.

Pada masa sama The Doctor juga memuji rakan pasukan Yamaha, Razgatlioglu yang menurutnya mampu menjadi pesaing terdekat Rea dalam merebut gelaran juara tahun ini.

"Razgatlioglu ialah rakan satu jenama dan dia banyak buat aku kagum. Dia betul-betul laju dan aku rasa dia boleh jadi lawan yang sukar untuk Rea kalahkan," katanya.

Jonathan Rea
Toprak Razgatlioglu

Susulan penghijrahan Razgatlioglu dari Kawasaki ke Yamaha, pasukan pengeluar itu kini berminat merekrut pelumba Turki  ke MotoGP pada masa depan.

Pengurus Yamaha WorldSBK, Kenan Sofuoglu mendedahkan yang Razgatlioglu pernah ditawarkan ke MotoGP, tetapi memilih kekal dalam WorldSBK kerana berhasrat menjadi pelumba Turki pertama merangkul kejuaraan dunia motosikal.

BACA >>> Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba

SUMBER: VisorDown

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jonathan Rea, Kejuaraan Dunia MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Kenan Sofuoglu, roda2, sukan permotoran, Toprak Razgatlioglu, Valentino Rossi, WorldSBK, WSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev