• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota RAV4 Buka Tempahan Awal, Pelancaran Rasmi Minggu Depan

Toyota RAV4 Buka Tempahan Awal, Pelancaran Rasmi Minggu Depan

June 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA RAV4 dilancarkan di Singapura awal tahun lalu dan Malaysia menunggu agak lama untuk membawa masuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. Akhirnya penantian model yang akan bersaing dengan Mazda CX-5 dan Honda HR-V itu bakal muncul minggu depan.

Dalam laman web rasmi UMW Toyota Motor, muncul foto acah mengenai bakal kemunculan RAV4 generasi kelima itu. Apabil diklik, anda akan dibawa ke laman pendaftaran  jika berminat membuat tempahan.

Jika anda sedang mencari SUV kompak, model ini  mungkin boleh dipertimbangkan sebagai pilihan dan ditambah pula tawaran harga baharu berikuran pengecualian cukai jualan diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Sebelum rasmi dilancarkan, UMW Toyota Motor kini membuka tempahan RAV4 serba baharu bermula hari ini yang mana model spesifikasi Malayasia ditawarkan dalam dua opsyen varian iaitu:

  •  2.0L petrol: RM203,880 (harga atas jalan, atau RM196,500 (harga jangkaan selepas pengecualian cukai jualan)
  • 2.5L petrol: RM223,880 (harga atas jalan, atau RM215,700 (harga jangkaan selepas pengecualian cukai jualan)

SUV ini dikuasakan enjin 4-silinder 2.0L berkuasa 169hp dan tork 203Nm dengan kotak gear CVT Direct Shift, manakala enjin 2.5L pula menghasilkan 202hp dan tork 249Nm. Bagaimanapun pasaran Malaysia tiada pilihan enjin hibrid dan hibrid-plug in (PHEV).

BACA >>> Mazda Malaysia Umum Harga CX-5 (2019) Baharu, RM181k untuk Varian 2.5L Turbo

TOYOTA RAV4-18
TOYOTA RAV4-4
TOYOTA RAV4-7

Penampilan RAV4 generasi kelima lebih ranggi yang diilhamkan daripada rekabentuk geometri menerusi dua lapis gril trapezoid yang diapit sepasang lampu utama projektor LED. Bahagian belakang dipadankan lampu LED sedikit besar dan pintu elektrik dengan sensor kaki.

Melengkapkan penampilan SUV itu rim 18 inci. Ruang kabin lebih lapang dan ringkas dengan ciri iluminasi LED, butang penghidup enjin dan tiga palam USB. Tidak ketinggalan elemen mewah yang boleh dilihat menerusi penggunaan paparan multi-info dan spidometer 7 inci.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota RAV4 XR51 Edition Ala Lamborghini Urus

TOYOTA RAV4-13
TOYOTA RAV4-11

Sama seperti Camry, RAV4 dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang digabungkan dengan sistem bantuan pemandu, Toyota Active Sense antaranya Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal (PCD), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng (SA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

BACA >>> #SMS2019: Toyota RAV4 di Singapura Berharga Mercedes, RM364k!

GALERI
TOYOTA RAV4-19
TOYOTA RAV4-13
TOYOTA RAV4-12
TOYOTA RAV4-3
TOYOTA RAV4-16
TOYOTA RAV4-9
TOYOTA RAV4-11
TOYOTA RAV4-15
TOYOTA RAV4-10
TOYOTA RAV4-1
TOYOTA RAV4-18
TOYOTA RAV4-17
TOYOTA RAV4-14
TOYOTA RAV4-8
TOYOTA RAV4-4
TOYOTA RAV4-5
TOYOTA RAV4-6
TOYOTA RAV4-7

 

Related

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: aiman tino toyota gazoo racing, autoterkini, Roda4, SUV Segmen-C, Toyota, Toyota RAV4, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev