• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PALSU! Senarai Harga Baharu Model Toyota Malaysia Selepas Cukai Jualan

PALSU! Senarai Harga Baharu Model Toyota Malaysia Selepas Cukai Jualan

June 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

373
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan mengenai fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) beberapa hari lalu mengumumkan pengecualian cukai jualan 100 peratus untuk semua model kenderaan pemasangan tempatan (CKD), dan 50 peratus untuk kenderaan import (CBU).

Ini bermakna harga kenderaan akan jadi lebih murah dan jangkaan harga bolehlah mengambil kira ketika tempoh masa pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) beberapa bulan lalu, iaitu sekitar 6 peratus.

Pelaksanaan pengecualian dan pengurangan cukai jualan tersebut dijadualkan berkuat kuasa bermula 15 Jun ini hingga penghujung Disember tahun ini.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota RAV4 XR51 Edition Ala Lamborghini Urus

Namun, belum pun harga baharu diumumkan pengeluar, tular senarai harga terkini model UMW Toyota Motor yang kononnya selepas dikecualikan cukai jualan.

Berdasarkan senarai harga itu, model CKD Toyota menawarkan penjimatan dari RM1,000 hingga RM11,000 mengikut model. Model CBU menawarkan penjimatan hingga RM17,000 mengikut model.

Faktanya, senarai harga tersebut adalah palsu dan ini disahkan sendiri UMW Toyota Motor. Malah tiada mana-mana pengedar Toyota yang mengeluarkan senarai tersebut.

Jadi, kalau tidak pasti, janganlah kongsi. Selidiklah dulu kesahihan berita yang anda terima ok.

BACA >>> Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!
BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Related

373
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berita Palsu, Cukai, cukai eksais, harga kereta, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Toyota, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev