• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bentley Bentayga - Kisah SUV Ultra Premium Berkuasa Tinggi

Bentley Bentayga - Kisah SUV Ultra Premium Berkuasa Tinggi

June 10, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA kenderaan utiliti sukan (SUV) sangat luas dengan pelbagai produk aneka segmen yang ditawarkan di pasaran daripada model berstatus marhaen, hingga produk bertaraf elitis atau ultra premium.

Salah satu SUV ultra premium itu ialah Bentley Bentayga yang mula menjengah pasaran dunia sejak 2016. SUV ini sudah pun mencecah jualan 20,000 unit yang dikeluarkan dari kilang Bentley di Crewe, England. Angka ini boleh dianggap mengagumkan jika mengambil kira status Bentayga sebagai SUV ultra mewah.

Setiap unit Bentayga mengambil masa lebih 100 jam untuk disiapkan membabitkan 230 jurutera (dipanggil craftman) yang mana produk itu dipasangkan menggunakan tangan. Proses pembuatan SUV ultra premium bukan mudah kerana memerlukan kesempurnaan tertinggi sama ada atas jalan biasa atau kondisi ekstrem.

Malah, program pembangunan Bentayga adalah paling menyeluruh dalam sejarah Bentley yang terdiri daripada lima rantau berbeza. Daripada permukaan bertanah di Afrika Selatan, kawasan berpasir di Dubai, padang berlumpur di Cheshire dan suhu negatif -30°C di kawasan Cape Utara hingga suhu panas 50°C.

BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept - Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

BENTLEY DYNAMICS RIDE - TEKNOLOGI PEMANDUAN EKSTREM

Dengan kejayaan melepasi ujian dilakukan,  kemampuan Bentayga untuk dipandu dalam kondisi jalan paling ekstrem nyata terbukti. Satu daripada kunci kejayaan Bentayga adalah ciri teknologi kawalan olengan aktif elektrik, dinamakan Bentley Dynamic Ride, yang pertama di dunia menggunakan sistem 48V.

Ciri Bentley Dynamic Ride dengan pantas mampu bertindak balas ke atas daya olengan apabila melayan selekoh dengan memastikan sentuhan tayar maksimum bagi mendapatkan kestabilan kabin terbaik, berserta keselesaan dan pengendalian.

DRIVE DYNAMICS MODE - 8 TETAPAN MOD MEMANDU

Bentayga dilengkapkan tetapan pemanduan untuk jalan raya biasa dan off-road melalui ciri Drive Dynamics Mode dan pilihan tetapan off-road, Responsive Off-Road Setting dengan menawarkan lapan pilihan mod. Pemandu boleh buat tetapan pemanduan semudah memutar tombol.

Ketika dilancarkan, Bentayga dikuasakan enjin 6.0L Turbo Kembar W12 yang berprestasi tinggi dan setanding model supercar. Enjin itu mampu meledakkan kuasa 600bhp dengan tork 900Nm, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.1 saat dengan kelajuan maksimum 301kmj.

Satu lagi enjin ialah 4.0L V8 dengan kuasa 542hp dan tork 770Nm @ 1,960rpm-4,500 rpm yang berupaya memecut 0-100kmj sepantas 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 290kmj.

Selain dua enjin tersebut, Bentayga turut ditawarkan enjin diesel 4.0L V8 Turbo Kembar berkuasa 429hp, 900Nm dan enjin hibrid 3.0L V6 Turbo PHEV berkuasa 456hp dan tork 700Nm.

BUKAN SUV BIASA

Dengan mengharungi ujian ekstrem dan enjin berkuasa tinggi, jelas sekali Bentayga bukan sekadar SUV ultra mewah. Malah, Bentayga pernah mencatatkan rekod SUV pengeluaran sempena acara Pikes Peak International Hill Climb pada 24 Jun 2018 di Colorado, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Bentayga dipandu juara dua kali dan pelumba jagoan, Rhys Millen (foto atas) dan berjaya menghabiskan cabaran berjarak 20km dalamdengan catata nmasa 10:49.9, iaitu hampir dua minit mengatasi rekod terdahulu.

BENTAYGA SPEED - YANG PALING BERKUASA

Dalam beberapa siri yang ditawarkan, Bentayga Speed paling berkuasa setakat ini dan dibina berasaskan tradisi model Speed yang bermula Continental GT (2007).

Bentayga Speed dibekalkan enjin 6.0L W12 Turbo Kembar berkuasa 626bhp dan tork 900Nm @ 1,350rpm-4,000rpm, manakala kelajuan maksimum ialah 306kmj dengan pecutan 0-100kmj hanya memerlukan 3.9 saat sahaja.

Di sebalik rekabentuk bersegi dan konvensional, Bentayga sebenarnya menyimpan pelbagai identiti yang bukan sekadar SUV ikut-ikutan untuk sekadar memenuhi pasaran premium. Bentayga memang SUV luar biasa!

BACA >>> Bentley Mulliner Bacalar - Supercar Edisi Khas yang Cuma 12 Unit Dikeluarkan

GALERI
Bentley Bentayga.07
bentley-bentayga-speed-14
bentley-bentayga-speed-1
bentley-bentayga-speed-8
bentley-bentayga-speed-7
bentley-bentayga-speed
bentley-bentayga-speed-10
bentley-bentayga-speed-13
bentley-bentayga-speed-11
bentley-bentayga-drive-dynamic-mode
Bentley Bentayga.04
bentley-bentayga-stereng
bentley-bentayga-v8-infotainment
bentley-bentayga-speed-16
Bentley Bentayga.01
Bentley Bentayga.02
Bentley Bentayga.03
Bentley Bentayga.05
Bentley Bentayga.08
rhys-millen-bentley-bentayga-2
Bentley Bentayga.06
rhys-millen-bentley-bentayga-1
bentley-dynamic-ride-2

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Bentayga, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Super SUV, SUV, SUV premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev