• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suruh Kuarantin Tapi Degil Keluar Makan, Lelaki Kena Denda RM5k, Penjara Dua Bulan!

Suruh Kuarantin Tapi Degil Keluar Makan, Lelaki Kena Denda RM5k, Penjara Dua Bulan!

June 4, 2020 By Han Othman Leave a Comment

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Majistret di Sibu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan penjara dua bulan ke atas seorang penyelia tapak selepas dia mengaku bersalah ingkar perintah kuarantin di rumah.

Jeffery Jambo Dan, 27, ingkar perintah kuarantin pada kira-kira jam 9.30 pagi, 25 Mei lalu, apabila pergi ke sebuah kafe di Sibu Jaya untuk menikmati sepinggan mi kampua. Bukan itu saja, dia turut berkongsi gambar sendiri di laman sosial Facebook yang kemudian tular.

Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Faizal Che Saad selepas menimbang kepentingan awam, terutama bagi menghalang orang ramai melakukan kesalahan sama.  Jeffery juga ditanya Majistret adakah dia memahami syarat kuarantin yang perlu dipatuhi selepas pulang dari Kuala Lumpur. Jawapannya, dia memang  memahami kesalahan tersebut.

Jeffery didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jeffery yang tidak diwakili peguam turut merayu memohon hukuman ringan dengan alasan dia sudah menyesal kerana melanggar perintah kuarantin dan perlu menjaga seorang anak, ibu bapa dan adik-beradiknya.

Pegawai Pendakwa Wilfred John Mujang bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kerana tertuduh melanggar perintah pemantauan atau pengawasan kontak yang dikenakan. Menurutnya, tertuduh jelas sengaja melanggar perintah kuarantin di rumah dan mengkhianati petugas barisan hadapan yang bekerja kuat mahu menghentikan penularan Covid-19.

BACA >>> Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin

KES PERTAMA LANGGAR KUARANTIN

Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Sarawak, Billy Sujang ketika ditemui pemberita berkata kes tersebut adalah kes pertama pelanggaran kuarantin dibawa ke mahkamah yang menunjukkan kesungguhan Jabatan Kesihatan dalam mengekang penularan Covid-19.

Beliau juga menyambut baik keputusan mahkamah sebagai pengajaran kepada mereka yang sedang menjalani kuarantin.

Menurutnya lagi, Jeffery sepatutnya mematuhi arahan kuarantin di rumah, sebaliknya dia keluar makan, dan menyiarkan gambar di Facebook. Malah, tertuduh turut membalas komen orang ramai dengan memberitahu gelang tangan QR (khas untuk mereka yang dikuarantin) boleh ditanggalkan dan dipakai semula.

Pemakaian gelang tangan plastik diwajibkan terhadap individu yang memasuki Sarawak bagi memastikan mereka mematuhi perintah kuarantin selama 14 hari.

BACA >>> Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19

SUMBER: Bernama| AstroAwani

Related

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ingkar Kuarantin, Jeffery Jambo Dan, Langgar Perintah Kuarantin, tular, Wilfred John Mujang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my