• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Arteon Baharu Akan Ada Model Shooting Brake!

Volkswagen Arteon Baharu Akan Ada Model Shooting Brake!

June 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUATU masa dulu, pasaran tempatan pernah ditawarkan sedan ala coupé Volkswagen Passat CC dengan bumbung rendah dan landai ke belakang. Model itu kemudian digantikan Arteon yang diperkenalkan pada 2018, tetapi nama CC tidak lagi digunakan.

Di pasaran Malaysia, Arteon pernah ditayangkan beberapa kali, iaitu pada 2018 dan 2019, tetapi masih belum dilancarkan. Terus terang, Arteon bukan sedan mampu milik jika Passat dijadikan sandaran. Ia kerana sedan itu adalah saingan kepada model premium seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi pada harga jangkaan sekitar RM300,000.

Terbaharu, Volkswagen memperkenalkan Arteon versi dipertingkat (facelift) dalam bentuk lakaran artis. Model itu dijangka diperkenalkan penghujung Jun ini. Lagi, pengeluar Jerman itu turut mengumumkan Arteon Shooting Brake yang boleh dianggap idea menarik kerana tampil dalam bentuk wagon.

Arteon facelift itu akan menampilkan beberapa perubahan luaran dan dalaman. Dari segi luaran, bampar depan menyerlah dengan olahan baharu yang nampak lebih sporty. Arteon Shooting Brake pula menggunakan rekabentuk bampar berbeza yang mana bahagian tengah dan sisi lebih agresif.

Ciri menarik lain, kedua-dua model menggunakan lampu LED yang menyala sepanjang gril. Turut kelihatan, lencana 'R' pada gril Arteon Shooting Brake.

Ruang dalaman Arteon facelift akan menggunakan sistem infotainment MIB3 (modular infotainment matrix) baharu yang menawarkan ciri konektiviti terbaik. Turut dikongsikan adalah pengunaan Travel Assist sebagai teknologi bantuan pemanduan untuk mengawal stereng, pecutan dan brek hingga pada tahap kelajuan 210kmj!

Mengenai prestasi, Arteon sedia ada menawarkan beberapa opsyen trenkuasa mengikut pasaran seperti enjin petrol 1.5L TSI (148hp), 2.0 TSI (188hp) dan 2.0 TSI 4MOTION (198hp), termasuk pilihan enjin diesel seperti 2.0 TDI SCR (148hp), 2.0 TDI SCR 4MOTION (178hp), 2.0 BiTDI SCR 4MOTION (238hp).

Arteon setakat ini cuma ada dalam pilihan varian R-Line dan pasti menarik jika versi penuh R 4MOTION.

BACA >>> SUV VW Paling Bongsu, T-Cross Boleh Laku Keras di Malaysia Pada Harga Menarik

GALERI
Volkswagen Arteon & Arteon Shooting Brake (2020)
VW Arteon sketch
VW Arteon sketch-crop 1
VW Arteon sketch-crop
Volkswagen Arteon R-Line (2019)
Volkswagen Arteon R Line_9
Volkswagen Arteon R Line_10
Volkswagen Arteon R Line_11
Volkswagen Arteon R Line_8

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Volkswagen, Volkswagen Arteon, Volkswagen Arteon Shooting Brake, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev